Breaking News

Saturday, October 18, 2014

Fenomena Belalai Air Melanda Malaysia

Fenomena Belalai Air
Fenomena Belalai Air

Fenomena Belalai Air


Fenomena 'belalai air' yang berlaku dibeberapa tempat di Malaysia minggu ni agak meresahkan penduduk. Antara yang menggemparkan adalah yang berlaku di persisir pantai Serawak dan juga Sungai Petani Kedah. Sebelum ini kejadian yang sama pernah berlaku di Pantai Teluk Cempedak di kuantan, Johor dan juga Port Dickson.
Pada yang kurang pasti apa itu belalai air, ia adalah merujuk kepada fenomena pusaran angin yang berlaku di permukaan air. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysiabelalai air selalunya tidak bahaya kerana ia berlaku disebabkan oleh kejadian ribut petir dalam keadaan awan yang rendah. 
Fenomena ini juga bukanlah puting beliung kerana ia terjadi dalam skala yang sangat kecil dan berlaku dalam masa singkat lebih kurang seminit sahaja. Fenomena ini biasa berlaku di kawasan persisiran pantai dan ia akan hilang apabila menghampiri permukaan darat. Belalai air pada kebiasaannya tidak membawa bencana kepada orang awam, namun ia boleh mendatangkan bahaya kepada bot dan kapal-kapal kecil di kawasan tersebut. 
Antara fenomena belalai air yang sempat dirakamkan oleh beberapa penduduk adalah seperti berikut:
Fenomena Belalai Air di kedah
Fenomena Belalai Air Di Kedah
Fenomena Belalai Air di pantai serawak
Fenomena Belalai Air Di Pantai Sarawak
Fenomena Belalai Air di teluk cempedak
Fenomena Belalai Air Di Teluk Cempedak
Fenomena Belalai Air di johor
Fenomena Belalai Air Di Johor
Biarpun fenomena belalai air ni dikatakan tak bahaya, tapi kita semua harus hati-hati kerana malang tak berbau. Tambahan pula cuaca yang melanda Malaysia sekarang tak menentu. Hujan lebat, petir serta angin kencang berlaku dimana-mana. Banyakkan berdoa semoga kita semua terlindung dari malapetaka. 


17 comments:

  1. Dah macam2 skrg ni kan... Harap dilindungi drpd smua bala bencana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangbanyak fenomena pelik yang berlaku di dunia sekarang ni Muz..kena banyak berdoa supaya kita dilindungi Allah..

      Delete
  2. takutnya..semoga kita semua di bawah lindungannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menakutkan tengok pusaran tu cik bunga...

      Delete
  3. bencana alam merupakan peringatan dari Allah untuk manusia yang makin leka. Wallahu'alam

    ReplyDelete
  4. tengok gambar mcm menakutkan la kak. yg terbaru berlaku kat bintulu kn. hope lepas ni xde lagi fenomena. takut je tgk dlm gambar.

    Jemput akak n rakan blogger yg lain join segmen mudah ni: KLIK: 4 POWER BANK UTK DI MENANGI!
    Menyediakan hadiah: 4 unit Power Bank 10,000mAh
    Jemput join kalau free :)

    ReplyDelete
  5. YA ALLAH, sangat cantik tapi menakutkan.

    ReplyDelete
  6. klu allah berkehendak ianya berlaku , ia akan tetap berlaku ... 2x rhb .

    ReplyDelete
  7. Sejak dua menjak ni sentiasa hujan dgn ribut petir kat port dickson. Angin bertiup kuat bila hujan. Risau sentiasa.

    ReplyDelete
  8. Maha Suci Allah... nampak cantik je :) tapi tak tahu kan... ada marabahaya disebaliknya...

    ReplyDelete
  9. Menakutkanlah benda2 mcm ni... semoga kita semua sentiasa dilindungi... aamiin.

    ReplyDelete
  10. Dunia dah akhir zaman.
    Maka, Allah bagi peringatan.
    Takut bila fikirkan andai ini amaran terakhir.

    ReplyDelete
  11. Walaupun katanya x bahaya.
    Tapi, memang kita x boleh ambik mudah.

    ReplyDelete
  12. Dah macam2 berlaku skrg ni..
    harap jadi peringatan

    ReplyDelete
  13. Kat kedah tu bukan belalai air tu mmg betul2 puting beliung

    ReplyDelete

Designed By