Jom Semua Sertai Kempen Ni

Kempen I Want To Touch & Read Al Quran

Kempen I Want To Touch & Read Al Quran


Untuk semua rakan-rakan diluar sana, apa kata kita mulakan kempen I Want To Touch & Read Al Quran sekarang. Tiada tarikh luput untuk kempen ni dan boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. 

Kebaikan Kempen I Want To Touch & Read Al Quran


Sebagai seorang muslim, kita harus tau bahawa setiap bacaan ayat Al Quran akan diberikan ganjaran pahala.  Bukan hanya pahala yang dijanjikan Allah malah bacaan ayat-ayat Al Quran adalah ubat yang paling mujarab untuk merawat emosi di kala ditimpa kesusahan. Ianya sangat baik untuk memulihkan kegelisahan jiwa dan mengatasi kemurungan hidup. 

Allah berfirman yang bermaksud, “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” (Surah al-Israa’ ayat 82). 
Ayat ini menjelaskan sesungguhnya orang yang mengamalkan ayat suci al-Quran akan mendapat rahmat melaluinya. Lebih lama kita membacanya, jiwa kita akan menjadi semakin aman dan tenteram. Inilah rahmat kurniaan Allah yang diberikan kepada hamba-Nya yang rajin berusaha untuk mendapatkannya. 

Oleh itu, jom sama-sama kita menjayakan kempen menyentuh dan membaca Al-Quran ini. Jadikan ia amalan harian kita. Kita pasti kempen ini sangat bermanfaat berbanding kempen "I want to touch a dog".


Comments

  1. Kempen yang patut dibuat berterusan.

    ReplyDelete
  2. ini baru betul..sebaiknya selalu di anjurkan...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...semoga dengan kehadiran tahun baru kita akan lebih istiqamah dalam membaca quran

    ReplyDelete
  4. seharusnya begini lah...buku panduan kita tak luput dek waktu, tak lekang dek zaman...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah kempen yg sungguh mulia
    mengingatkan kita utk mengaji quran

    ReplyDelete
  6. selami kisah jahilliyah sebagai panduan kita kan kak raudzah... alhamdulillah, dengan adanya kempen "i want to touch a dog", barulah ada yang nak buat kempen ni... semoga berterusan :)

    kalau ada kempen "cegah maksiat" yang dibuat secara public camni kan best :)

    ReplyDelete
  7. Sgt2 bagus program mcm ni.. mmg wajib utk kita semua. Subhanallah...

    ReplyDelete
  8. jangan sentuh sahaja tak baca satu kerugiankan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat