Breaking News

Wednesday, October 8, 2014

Kanak-Kanak 7 Tahun Di Dera Bapa Dan Teman Wanita

Kanak-Kanak 7 Tahun Di Dera Bapa Dan Teman Wanita

Kanak-Kanak 7 Tahun Di Dera Bapa


Kisah penderaan kanak-kanak tak pernah berakhir. Dan yang lebih menyedihkan, yang mendera tersebut adalah darah daging mereka sendiri. Ibu dan bapa si anak kecil kecil yang tak berdosa. Yang terbaru berlaku di Paya Rumput Melaka apabila seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 7 tahun cedera di beberapa anggota badan dipercayai didera bapa dan teman wanitanya. Hmm...

Menurut nenek angkat kanak-kanak berkenaan,  bapa kanak-kanak berkenaan yang berusia 36 tahun dan teman wanitanya berusia 31 tahun sering mendera kanak-kanak tersebut menggunakan getah paip, penyangkut baju dan tali pinggang selain ditumbuk serta dihentak kepala ke dinding. Huh..ngeri sungguh. Apa nak jadi dengan dia orang ni.. kemana hilangnya sifat kemanusiaan mereka?
Bila baca kes ni teringat kes seorang ibu dan teman lelakinya yang memukul anaknya yang berusia 5 tahun sehingga mati di Kulim Kedah baru-baru ni...Apakah dosa kanak-kanak malang ni? Orang dewasa yang sepatutnya menjadi pelindung mereka bertindak kejam bagaikan hilang akal. Agak-agaknya hukuman yang ada di Malaysia ni belum cukup untuk menakutkan mereka kot.

22 comments:

  1. Astaghfirullahalazim. Zalim sungguh. semoga anak itu dilindungi oleh pihak berwajib.

    ReplyDelete
  2. mn pegi mak budak tu? Allahuakbar..bodohnye si ayah tu ..sedih x terkata :-(

    ReplyDelete
  3. eloknya buat benda yg sama kat mangkuk dua ekor tu...geram bacanya...

    ReplyDelete
  4. Ni semua kes teman wanita/teman lelaki menghasut la ni. Entah kat mana dia letak rase perikemanusiaan entahlah. Kalau berita dera mendera, mesti ade kaitan dgn org ketiga. Hurm..ape nak jadi ni?

    ReplyDelete
  5. ya allah kesiannya.. apalah yg depa taun .. umo pun setaun jagung..

    ReplyDelete
  6. kan bodoh namanya bila sanggup tanggung sakit mengandung n melahirkan bila dah besar pi dera . baik gugurkan awal2 klu x suka kan ! ... grrr

    ReplyDelete
  7. kesiannya budak tu jd mangsa dera. x dpt bayangkan betapa sakitnya dia. macam2 kes. golongan ekstrim ni

    ReplyDelete
  8. Astagfirullah... perbuatan bisikan syaitan ni...

    ReplyDelete
  9. astagfirullah..ni lah hasutan amarah yang diakibatkan hawa nafsu ..kesian anak tu jadi mangsa. Mintalah jauh dari seperti ini..

    ReplyDelete
  10. Tiada yang pelik diakhir zaman ini... Kuatkan iman diri sendiri.

    ReplyDelete
  11. Menjadi2 betul berita2 macam ni sejak akhir2 ni... kemanakah perginya nilai kasih sayang seorang ibu dan ayah kandung itu agaknya...

    ReplyDelete
  12. mesti diorg ada wire short kt mna2..ataupun sel2 otak xbrhubung wktu kecik2 dlu..
    zaman jahilliah kembali!

    ReplyDelete
  13. sepatutnya sebagai mak ayah...diorang yang melindungi, ni diorang plak yang menyeksa budak tu. Sedih sangat bila baca tentang kes-kes macam ni

    ReplyDelete
  14. Ya Allah, jgn kata budak kecik umur 7thn kak. Kita yg besar ni kalau kne pukul dgn btg paip pun mau menggelupur. Sedihnya tgk ada mak bapak camni. Kalau rasa xlalu nk jaga budak, bg lah pada mereka yg berhak kan...

    ReplyDelete
  15. Zalimnya mereka..kenapalah anak jadi mangsa?

    ReplyDelete
  16. Patut bagi hukuman berat untuk semua yang terlibat.
    Ada otak tak pakai..
    Budak kecik mana reti apa-apa.. depa kan tak cukup akal lagi.
    Ko lah yang corakkan dorang.
    Bukan kata tak boleh rotan anak.
    Boleh, tapi ikut cara Nabi lah.
    Kalau xtau, belajar!!
    Tau buat anak..jaga tak reti.
    Hisshhh geram aku dengar orang2 macam ni.
    Rasa macam nak bagi penampar & penumbuk sulung je.

    ReplyDelete
  17. teruknya orang yang berbuat seperti itu...

    ReplyDelete
  18. kita yang takda anak ni menagih nak anak, hasben kita pun bila tengok budak2 je senyum... tapi, ini punya bangkai, no excuse !! kejam sangat kak raudzah, hati sebusuk bangkai :(

    ReplyDelete
  19. 'Dera' bapak dan teman wanita bapak dia balik...

    ReplyDelete

Designed By