Peminjam PTPTN Tak Boleh Ke Luar Negara

Peminjam PTPTN Tak Boleh Ke Luar Negara

Peminjam PTPTN Tak Boleh Ke Luar Negara


You all dah bayar PTPTN? Kalau belum dan telah disenarai hitam oleh Jabatan Imegresen, ini bermakna you all tak boleh lagi ke luar negara. Menurut The Star, ada lebih kurang 85,000 peminjam PTPTN yang masih tidak membayar semula pinjaman mereka tidak akan dapat lagi keluar negara mulai sekarang. hmmm...ramai tu. Harap-harap you all bukan salah seorang daripadanya. Kalau tak pasti, boleh semak nama you all kat bawah ni.


Dan kalau ikutkan undang-undang yang ada, sesiapa sahaja yang berada di dalam senarai hitam, tidak akan dibenarkan melepasi pemeriksaan imigresen, meskipun mempunyai tiket penerbangan yang sah. Ini terpakai bukan hanya untuk kapal terbang malah turut merangkumi jalan raya, kereta api atau perjalanan laut. Seriuskan.

Sekatan ke luar negara ini juga bukan hanya untuk peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran balik, malah juga turut merangkumi pembayar cukai yang gagal melunaskan bayaran. So pada sapa-sapa yang nak travel, pastikan you all buat semakan status perjalanan terlebih dahulu ya. Takut-takut nanti tersangkut semasa pemeriksaan kastam.

Cara Untuk Semak Sekatan Ke Luar Negara


Untuk menyemak sekatan ke luar negara, you all hanya perlu memasukkan nombor MyKad di portal semakan status perjalanan di SINI.

Comments

  1. uish...lepas ni kena berhati2 kalau nak pinjam PTPTN.

    ReplyDelete
  2. haha, dulu-dulu dah terkena ni..pas bayar sikit baru clear nama dari blacklist..buat rayuan sebab time tu belum ada kerja tetap

    ReplyDelete
  3. Hoho..tak pernah pinjam ptptn. Keh3. Maka ana takde hutang ngan kerajaan. Leh la gi luar negara nanti. ^_^

    ReplyDelete
  4. pinjaman utk belajar tanggungjawab kita..
    jom kita buat bayaran...

    ReplyDelete
  5. Sekatan pada yg tak bayar cukai lama dah dipraktik sebenarnya sebab boss kakak pernah kena stop masa kat imigresen hihi... kelakar bila ingat.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...ada buat bayaran sebab dah pinjam, kenala bayar...

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah tak tersenarai..dalam tempoh melunaskan bayaran..sebulan bayar sikit2 lama2 habis lah

    ReplyDelete
  8. dah check.. alhamdulillah takde sekatan untuk ke luar negara..

    ReplyDelete
  9. Alhmdulillah..byr ptptn bt potongan gji..huhu

    ReplyDelete
  10. hutang kena bayar..tak berkat hidup nanti..nak pegi makan nagin kat oversea pun xleh..haha

    ReplyDelete
  11. sama la juga dgn peminjam MARA.. jom bayar balik pinjaman

    ReplyDelete
  12. Semoga semuanya dipermudahkan utk bayar

    ReplyDelete
  13. nasib baik takde pinjaman ptptn ni...
    kekadang bila dah bagi pinjam, si peminjam guna untuk beli bebukan... semoga dapat bayar semua la... :)

    ReplyDelete
  14. Memang ada ahli keluarga saya yang burn ticket flight sebab kena tahan kat airport.

    ReplyDelete
  15. kalau kita duk luar negara dan berkerja di sana . kita masih boleh bayar lagi kan ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat