Breaking News

Thursday, October 23, 2014

Subsidi Petrol Hanya Untuk Mereka Yang layak

Subsidi Petrol Hanya Untuk Mereka Yang layak
Subsidi Petrol Hanya Kepada Yang Layak

Subsidi Petrol Hanya Kepada Yang Layak


Kalau you all masih ingat sebelum ni kita ada menerbitkan beberapa entry mengenai perancangan kerajaan untuk melaksanakan pemberian subsidi petrol hanya kepada mereka yang layak. Dan menurut jangkaan awal perlaksanaan sistem tersebut akan di buat mulai 1 Sep tahun ni. Namun sehingga kini ianya masih belum dilaksanakan. 

Guna My Kad Beli Petrol


Dan semalam kerajaan telah mengesahkan perlaksanaan sistem rasionalisasi subsidi petrol ini yang akan mengambil kira pendapatan individu akan bermula secara rasmi mulai Jun 2015. Menerusi sistem baru ini, pengguna perlu membeli petrol menggunakan My Kad kerana jumlah pendapatan kita telah direkodkan di dalamnya bagi menentukan sama ada kita layak mendapat subsidi atau sebaliknya.

Pendapatan RM4000 Ke Bawah Mungkin layak


Dengan pelaksanaan sistem itu, mereka-mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah mungkin mendapat subsidi petrolNamun bagi mereka yang berpendapatan antara RM4,000 hingga RM12,000 keputusan sama ada mereka layak mendapat subsidi atau tidak masih belum diputuskan.

Nampak macam a bit messy. Apa-apa pun harap-harap sistem ni tak membebankan mana-mana pihak apabila dilaksanakan nanti. 

23 comments:

  1. hmm...kena ada kajian menyeluruh ni

    ReplyDelete
  2. ada pros n cons nya...kalau betul banyak kebaikan, apa salahnya.kecik tapak tangan, stadium anfield saya tadahkan

    ReplyDelete
  3. memang messy pun.. adeh lg byk keje le pekerja2 stesen minyak nanti

    ReplyDelete
  4. Takut nanti ada yang seleweng je nanti macam subsidi diesel untuk nelayan. Kerajaan niat nak tolong orang susah, tapi ada je mangkuk hayun yang tak amanah pergi buat niaga untuk kepentingan diri.

    ReplyDelete
  5. Anak sulung kakak dah ada lesen. Kalau macam tu bila nak isi minyak boleh guna Mykad dia sebab dia belum kerja. Aha... amacam agak-agak? Sebab kalau dia yg isi memang sah dpt subsidi sebab dia tak kerja pun lagi - masih belajar tapi dah ada kereta dan ada lesen...

    ReplyDelete
  6. Hmmm... Ea lah tu.. Harap telus la sistem ni..

    ReplyDelete
  7. Kalau betul laa camni sistemnye, alhamdulillah..memudahkan. :)

    ReplyDelete
  8. bagus sistem mcm ni, yg kurang bermampuan dpt merasai subsidi cenggini

    ReplyDelete
  9. Mcm susah je nak isi minyak klu mcm ni.. fenin2.. :D

    ReplyDelete
  10. kajian penuh perlu di lakukan agar naseb rakyat terbela

    ReplyDelete
  11. cara nie mmg bagus untuk membela nasib rakyat yg berpendapatan rendah..

    ReplyDelete
  12. pengsan lah my kakak . hakikatnya gaji bersih ciput jer ...

    ReplyDelete
  13. Ini ke penyelesaian yg terbaik?..eerrmmm

    ReplyDelete
  14. Ini ke penyelesaian yg terbaik?..eerrmmm

    ReplyDelete
  15. harap2 ada penyelesaian masalah ni.. kesian rakyat

    ReplyDelete
  16. penyelesaia yang terbaik, ialah BR1m dihapuskan secara langsung, buat apa naikkan Brim tapi dalam masa yang sama, harga minyak dinaikkan. Cakap Subsidi tak elok diberikan pada rakyat, kononnya rakyat dimanjakan, tapi brim tu bukan ke salah satu bentuk "subsidi". Seolah memberi duit belanja!

    ReplyDelete

Designed By