90% Rakyat Malaysia Tidak Ada Simpanan Masa Depan

Thumb d3cd
 90% Rakyat Malaysia Tidak Ada Tabungan Masa Depan

90% Rakyat Malaysia Tidak Ada Simpanan Masa Depan

Serius. Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 mendedahkan majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai  simpanan yang mencukupi untuk membantu mereka sekiranya berlaku Kecemasan. 

Penduduk luar bandar mewakili sejumlah besar golongan di atas (63%) berbanding penduduk bandar (45%). Dari segi etnik, kaum Melayu mencatat angka tertinggi sebagai mereka yang langsung tidak mempunyai mana-mana aset/simpanan yang boleh digunakan/dicairkan untuk tujuan tersebut. 

90% Rakyat Malaysia Tidak Ada Simpanan Masa Depan

Berdasarkan laporan diatas, secara purata satu daripada dua orang Melayu, Bumiputera bukan Melayu, Cina dan India tidak mempunyai simpanan yang boleh digunakan sekiranya berlaku sesuatu kepada mereka. Ini menjadikan kebanyakan daripada rakyat Malaysia berisiko tinggi dari segi tanggungan sekiranya berlaku kehilangan pendapatan atau pekerjaan secara kejutan. hmmm...

Agak-agaknya kenapa jadi macam ni ya...adakah kaum melayu tak pandai merancang perbelanjaan atau sememangnya pendapatan kaum melayu adalah yang paling rendah. Dalam erti kata lain, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?


Comments

  1. Asalammualaikum... raudz,

    susah jugak hidup rakyat Malaysia.. kesian rakyat Malaysia tiada simpanan ... kena ambil langkah proaktif untuk mengatasi masalah nie... atau inflasi tinggi penyebab rakyat Malaysia tidak dapat menyimpan..

    mselim3

    pls: kos sara hidup terus meningkat... pening..

    ReplyDelete
  2. Susah nak cakap lah kan.. Nak kata tak pandai menguruskan kewangan nanti marah pulak... wallahualam...

    ReplyDelete
  3. Klau zmn skrg ni.. X smpat nk simpan dh... Hmm...

    ReplyDelete
  4. satu yg pasti . org melayu suka belanjakan duit ...

    ReplyDelete
  5. kalau pendapatan setakat 3000 dan tinggal menyewa di bandar,anak pula agak ramai dan tinggal di asrama.Cuba bayangkan antara bil,yuran,tambang ulang alik anak-anak,tambang kita sendiri untuk pergi kerja,makan,ada balance tak?tak cukup lagi adalaa...kalau tak buat part time,soru pun miss.kalau ada rezeki lebih tu bolehlah simpan...tapi berapa ramai yang bernasib baik?fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  6. Kalau dipandang satu sudut...memang kesian..living cost memang semakin meningkat....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat