Baca Ayat Ini Ketika Keluar Rumah

Baca Ayat Ini Sebelum Keluar Rumah


Salam Rabu buat semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah kelebihan ayatul kursi. 

Kelebihan Ayatul Kursi 

1. Sesiapa yang membaca ayatul kursi ketika keluar rumah, akan dijaga 70,000 Malaikat dari semua sisi.
2. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.


2. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
3. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
4. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
Jom sama-sama kita amalkan baca ayatul kursi setiap hari. Moga-moga Allah melindungi kita semua.


Comments

  1. In shaa Allah...akan cuba diamalkan..
    thanks Raudzah...gud morning :)

    ReplyDelete
  2. Insya Allah kak...thanks for sharing...

    ReplyDelete
  3. banyak manfaat untuk diri dan keluarga rupanya..

    ReplyDelete
  4. itu perkara selesailah heeee..

    ReplyDelete
  5. Ayat yg mudah, punya banyak manfaat tak kira masa.

    ReplyDelete
  6. Semoga sentiasa mendapat manfaat daripada amalan ini

    ReplyDelete
  7. Baiklah.. amalan yg sgt bagus ni. T kasih atas peringatan & perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  8. Sangat bermanfaat..sis,jemput join segmen kathy..

    ReplyDelete
  9. tak lupa juga baca بسم الله الرحمن الرحيم
    sebyk 21kali sebelum tidur..
    thanks sharing

    ReplyDelete
  10. Benda senang mcm ni pun kekadang OKje lupa nak istiqamah Raudzah...teruknya rasa....

    ReplyDelete
  11. setuju..lagipun ayat ni bukan pjg sangt pon...jom amalkan... hihi

    ReplyDelete
  12. Tidur pulak nuffnang petang2 nie... :(

    ReplyDelete
  13. Insha Allah... Mmg salah satu amalan dr dulu...

    ReplyDelete
  14. Senang je nak buat pahala.
    Tapi, lupa je nak amalkan.

    ReplyDelete
  15. boleh baca bila-bila masa kan...?? terima kasih atas ingatan... selalu je lupa tau...

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah. telah di amalkan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat