Hukuman Rotan Di Sekolah Perlu Di Wujudkan Semula?

Hukuman Rotan Di Sekolah Perlu Di Wujudkan Semula?
Hukuman Rotan Di Sekolah Perlu Di Wujudkan Semula?

Hukuman Rotan Di Sekolah 


Kes buli di khalangan pelajar sekolah sememangnya mendapat perhatian ramai. Adik-adik ni yang sepatutnya menjadi seorang pelajar yang bertanggungjawab bertukar menjadi samseng yang menginaya rakan-rakan seperjuangan serta junior-junior mereka. Biarpun kes-kes seperti ini bukan baru kerana ia telah dipraktikkan sejak dulu lagi namun kekerapan kes yang berlaku serta kekejaman yang ditunjukkan seharusnya diberi perhatian yang sewajarnya. Sehingga kini berdasarkan kes-kes yang lalu, hukuman yang dikenakan ke atas pelajar ini adalah merupakan hukuman pemulihan. Anataranya menempatkan mereka di sekolah Tunas Bakti. Tapi itu after event punya hukuman. Bagaimana dengan langkah pencegahan?

Antara yang menarik perhatian kita adalah cadangan memperkenalkan kembali sistem hukuman rotan (public canning) disekolah-sekolah. Berikut adalah temubual yang dilakukan bersama Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem hukuman rotan (public canning) disekolah berasrama penuh satu ketika dulu.
S: Pada tahun 1988, kes buli yang berlaku di Sekolah Menengah Teknik, Cheras hingga menyebabkan kematian membuka mata banyak pihak mengenai seriusnya kes buli di sekolah berasrama. Tan Sri (ketika itu Ketua Pengarah Pelajaran), memperkenalkan sistem hukuman rotan di sekolah. Apa matlamat utamanya ketika itu? 
J: Kes pada tahun 1988, menggemparkan seluruh negara kerana ia kes 'ragging' (buli) pertama menyebabkan kematian. Seorang pelajar Tingkatan Lima, Hishamuddin dari Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Cheras, Kuala Lumpur dibelasah beberapa orang bekas pelajar atau 'super senior' dalam tandas pada 24 Mac 1988 (Khamis) hingga meninggal dunia. Kes jenayah itu permulaan kepada pengenalan sistem hukuman rotan di sekolah. Matlamat saya, mengawal pelajar bertindak di luar batas kemanusiaan dan berfikir secara waras sebelum melakukan sesuatu tindakan. Merotan tidak sampai mencederakan, sekadar mengajar. 

S: Sejauh mana keberkesanan hukuman rotan yang dilaksanakan sebelum ini? 
J: Pepatah Inggeris menyatakan, Spare the rod and spoil the child - Adat menjadi budak lelaki perlu kena rotan! Ketika di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), ramai anak murid saya berjaya, antaranya bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid. Banyak lagi bukti menunjukkan orang berjaya pernah dirotan ketika zaman persekolahannya. Saya rasa, kalau ditanyakan secara terbuka hari ini, ramai mengaku pernah dirotan ketika bersekolah. Sejarah membuktikan, hukuman rotan berupaya mendidik pelajar patuh kepada undang-undang sekolah dan menghormati guru serta berjaya menjadi manusia berguna nanti. 

S: Pendapat Tan Sri mengenai 'capital punishment' (hukuman berat dan berbentuk fizikal seperti rotan) bagi menghukum pelajar? 
J: Kementerian Pendidikan kena memperkenalkan semula sistem hukuman rotan di sekolah. Tidak kiralah, siapa (guru) yang dibenarkan merotan, tetapi pastikan pelajar sekarang 'gerun' melakukan kesalahan. Jelaskan kenapa mereka bersalah dan wajar dihukum rotan. Kementerian dan pihak sekolah, kena ada juga kaedah menangani masalah sosial dalam kalangan pelajar.  
Kalau dibiarkan berterusan, kelak guru pula akan dipatah-patahkan (menerima balasan). Cara lain mengatasi pelajar bermasalah iaitu melaksanakan pengajaran dan promosi nilai murni, jadikan guru sebagai role-model (contoh) dan tidak terlampau mengutamakan pencapaian akademik semata-mata. Guru disiplin dan media, harus memainkan peranan melahirkan pelajar berakhlak mulia. Sekolah juga boleh memperkenalkan aktiviti berkelompok, untuk elak pembentukan kumpulan kecil dan buli. Aktiviti berkumpulan mengajar pelajar bertanggungjawab antara satu sama lain.

S: Adakah gejala buli berleluasa disebabkan sikap ibu bapa terlampau melindungi, anak tak boleh disentuh dan suka mengkritik atau menempelak tindakan guru anak mereka? 
J: Ibu bapa hari ini terlalu melindungi anak mereka. Dulu, kalau guru denda atau rotan pelajar, tak ada yang berani beritahu ibu bapa, takut dipersalahkan kembali. Tetapi, kini, anak pantang disentuh. Menjeling pelajar pun tidak boleh. Ibu bapa akan ambil tindakan undang-undang. Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa wajar memainkan peranan membina jaringan perhubungan dengan guru. Perkukuhkan kerjasama dengan guru sekolah, berani datang ke sekolah dan jatuhkan hukuman kepada anak, jika mereka bersalah. Jangan asyik membela anak. Jangan nafikan tugas guru mendidik anak sehingga berjaya.

So apa pendapat you all? Sejujurnya kita agak bersetuju dengan apa yang diperkatakan. Mungkin cara mendidik sudah berubah namun ada certain-certain things yang masih boleh digunakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar. Yang penting kedua-dua ibu bapa dan juga guru-guru harus bekerjasama kerana ia adalah tangggungjawab bersama. 


Comments

  1. Sekolah anak kakak bukan asrama penuh tapi pihak PIBG telah sebulat suara membenarkan anak yg tak berdisiplin dikenakan rotan. Rasanya itulah sebabnya kenapa sek anak kakak ni prestasinya baik. Jadi mak-ayah tak boleh buat report kalau anak kena rotan sebab cikgu rotan pun bukanlah sampai mencederakan...

    Kakak setuju kalau dibuat balik macam zaman kakak sekolah rendah dulu.

    ReplyDelete
  2. Masa kes buli kat SMT cheras tu kan Raudzah, OKje baru jer masuk Ting 4...Terbayanglah lagi Datuk Seri Anuar Ibrahim masa tu Menteri Pelajaran datang sekolah ...Mmg muram sungguhlah suasana sekolah masa tu. Tp betullah.... ibu bapak sekarang terlampau melindung anak kot....

    ReplyDelete
  3. setuju. dulu pun masa sekolah kena rotan dengan cikgu jugak, tapi mak bapak langsung tak campur tangan. hal disekolah di selesaikan oleh cikgu. zaman sekarang ni agak susah untuk implimentkan tradisi ni, kadangkala di salah ertikan oleh ibu bapa.

    ReplyDelete
  4. rotan untuk disiplinkan murid.. rasanye tak salah...

    ReplyDelete
  5. saya setuju jer asalkan ibu bapa percaya pd guru ...

    ReplyDelete
  6. tak salah hukuman rotan, asalkan berpada.anak-anak sekarang lemak sangat.

    ReplyDelete
  7. hukuman rotan hanya dibolehkan utk guru disiplin. guru lain x dibenarkan merotan. mungkin tu juga kekurangan sistem ni. tp jika tgk kes guru dera anak murid, yg tu pun mcm x patut gak. hmm..segalanya bermula dri rumah. tugas ibu bapa membentuk anak2 berakhlak mulia. tp ada gak jenis bengkeng.

    ReplyDelete
  8. Harap2 dapat bantu mengawal kes-kes buli yang semakin berleluasa...
    Dan pembuli-pembuli tu..harus diberi hukuman setimpal..

    ReplyDelete
  9. bagi aku hukuman rotan ni paling sesuai diadakan disekolah

    ReplyDelete
  10. Tanda-tanda anak-anak muda seawal usia semakin rosak dan tercemar akhlaknya.
    Perlu dibenteras segera. Bukan sekadar meletakkan hukuman semata-mata.

    ReplyDelete
  11. Rotan itu sunnah Rasulullah s.a.w... Sepatutnya ibu bapa yg perlu perkenalkan rotan dr kecil... Bukan dh besar bru nk tunjuk rotan..

    ReplyDelete
  12. kita pun pernah juga kena rotan dgn cikgu dulu2
    alhamdulillah sampai sekrg kalau nak buat jahat
    sentiasa beringat...terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  13. Patut dikekalkan hukuman rotan di sekolah tu.. cuma perlu ditambah baik agar sesuai dgn aliran zaman. Patut rotan tu....

    ReplyDelete
  14. Kalaulah buli membuli ni berterusan, tak terbayang macam mana agaknye rupa generasi akan datang. Wallahualam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat