Isteri Parah Di Belasah Suami Kerana Surah Yasin

je_05 : FADZILAH Ismail dimasukan ke Hospital Sultanah Bahiyah kerana
Isteri Parah Di Belasah Suami Kerana Surah Yasin

Parah Di Belasah Suami


Salam pagi Sabtu untuk semua pembaca Blog Santai. pagi-pagi bila check instagram tengok berita sedih ni. Hanya kerana membaca surah Yasin, seorang isteri dibelasah tanpa belas kasihan oleh suaminya sehingga mengakibatkan wanita itu patah pinggang, retak tulang belakang dan cedera di seluruh badan. Hmmm..kejam giler manusia ni...

Wanita yang dimaksudkan adalah Fadzilah Ismail, 51,yang tinggal di Utan Aji, Perlis. Beliau yang kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) berada dalam keadaan trauma. Dan mengikut beliau kejadian pukul memukul ni bukanlah kejadian yang pertama. Namun kejadian semalam sangat teruk. Hanya kerana tidak mengikut arahan suami untuk berhenti membaca Yasin dia dibelasah tanpa belas kasihan. Dihempuk ke lantai, disepak dan dipijak oleh suami bermula dari kepala hingga ke kaki. 

Selalunya syaitan aje yang tak suka dengan bacaan Al-Quran. Apakah ramai diantara massyarakat kita kini merupakan syaitan yang bertopengkan manusia?


Comments

  1. Salam singgah pagi sis...mengapakah sang suami begitu kejam hingga memperlakukan seorang isteri sedemikian rupa...

    ReplyDelete
  2. dunia semakin tua ,perangai manusia pon makin teruk..aduhai.menakutkan..dh tua2 pon pangai bukan makin nk elok..adeh

    ReplyDelete
  3. astagfirullah..apa kena dgn suami dia tu..huhu..sampai hati..sedangkan Abu Jahal pun lembut hati apabila dibcakan surah al-quran..

    ReplyDelete
  4. dah jadi wrga emas pun masih kaki pukul ... semoga suaminya diberi hidayah untuk berubah ... aaamin .

    ReplyDelete
  5. Kejam...semoga diberi kesedaran...

    ReplyDelete
  6. Nauzubillah... Namun begitu, seorg isteri wajib taatkan perintah suami walaupun ketika itu tgh buat ibadah sunat sekalipun...sbb panggilan suami itu adalah wajib...

    Tapi, perbuatan suami tu mmg kejam la... Ikut sgt nafsu amarah dan syaitan...

    ReplyDelete
  7. Astagfirullah... gilalah ni... kejam sungguh!

    ReplyDelete
  8. Ya Allah, kejamnya manusia macam tu.
    Dahlah perempuan... Pun boleh dia buat macam tu?

    ReplyDelete
  9. macam2 hal sekarang ni. manusia lebih kejam dari binatang dah. huhu

    ReplyDelete
  10. mungkin laki dia panas & ada menuntut ilmu kot :) selalu pasal ni je orang akan rasa panas dengan surah yassin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat