Kifarah Dan Dosa

Kifarah Dan Dosa
Kifarah Dan Dosa

Kifarah Dan Dosa


Salam Jumaat untuk semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi yang ingin kita kongsikan dengan semua adalah kisah kifarah dan dosa. Apa itu kifarah dan kaitannya dengan dosa.

Ujian Allah dalam dalam pelbagai bentuk dengan pelbagai tujuan.  Ianya berlaku kepada sesiapa sahaja. Tak kira manusia yang baik mahupun yang jahat. Kadang-kadang kita pelik kan mengapa manusia yang baik pada pandangan kita turut diuji Allah dengan pelbagai ujian. Sebenarnya inilah tanda kasih sayang Allah kepada umatnya. Ada yang diturunkan bala dan ada yang diturunkan kifarah.

Kifarah adalah ujian Allah ke atas orang yang baik tetapi terlanjur melakukan kejahatan. Pada ketika itu Allah uji mereka. Allah jadikan kesusahan dalam ujian itu sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjurannya. Ertinya Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskan kita daripada dibalas diakhirat. Ini adalah lebih baik kerana azab di dunia adalah lebih ringan berbanding azab di akhirat.

Kesimpulannya, kifarah adalah ujian untuk orang yang baik yang berbuat jahat. Dengan ujian itu, mereka akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya dan berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik. Jadi sebagai manusia apabila diuji, bersangkabaik lah dengan Allah kerana ada hikmah yang menanti.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat