Kisah Puting Beliung Di Kedah

Kisah Puting Beliung Di Kedah
Kisah Puting Beliung Di Kedah

Kejadian puting beliung di Kedah kelihatan seolah-olah bersiri. Minggu lalu, puting beliung telah melanda Taman Wira Mergong, Alor Setar dan menyebabkan 13 rumah rosak teruk. Terdahulu, kejadian puting beliung yang juga dipanggil `belalai darat', turut melanda daerah Pendang dan merosakkan 14 rumah, serta di daerah Kota Setar mengakibatkan 71 buah rumah musnah. Dan semalam penduduk di Kampung Sungai Nonang, Sungai empat pula diuji Allah dengan puting beliung yang tidak kurang hebatnya. Dalam kejadian yang berlaku petang semalam, sekurang-kurangnya 25 buah rumah dan empat rumah kedai telah mengalami kerosakan teruk. Alhamdulillah tiada nyawa yang terkorban.



Kisah Puting Beliung Di Kedah
Kisah Puting Beliung Di Kedah
Kisah Puting Beliung Di Kedah
Pusaran angin puting beliung tersebut berlaku dalam tempoh 10 minit. Ianya mengejutkan orang ramai yang sedang beristirahat di rumah ketika itu Che Tom Ahmad, 54, bersama dua anak Mohamad Azrul Zainal, 14, dan Zahirah Zainal, 16 adalah antara mangsa yang masih trauma dengan kejadian tersebut. Menurut beliau, deruman angin kuat yang mengangkat serta merosakkan bumbung rumah mereka dalam sekelip mata begitu menakutkan. Dan yang lebih menggerunkan mereka terpaksa berlindung dalam rumah kerana tidak dapat membuka pintu utama disebabkan tekanan angin yang kuat bagi menyelamatkan diri daripada dihempap kayu dan zink. Dalam keadaan yang begitu panik mereka hanya mampu berdoa. Allah Maha Besar. Biarpun bumbung rumahnya hilang dilarikan angin, mereka semua selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Alhamdulillah..tak boleh kita bayangkan situasi pada ketika itu..

Doa Ketika Kisah Puting Beliung Melanda
Bila kejadian macam ni berlaku, kita semua sebagai hamba Nya perlu muhasabah diri dan perbanyakkan doa supaya dilindungi Allah dari segala malapetaka. Moga-moga mereka yang terlibat tabah dengan ujian Allah ini.


Comments

  1. fenomena alam :) semoga mangsa tabah... kesian rumah roboh gitu :(

    emmm puting beliung ni memang minat kat kedah kan...

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya selamat. Kita semua kena muhasabah diri

    ReplyDelete
  3. dulu puting bliung ni kita dengar di luar negara je, sekarang dah sampai Malaysia kan..takutnya

    ReplyDelete
  4. Gerun dengar. Ujian Allah buat mereka.

    ReplyDelete
  5. kesian la kak rumah mangsa tu
    byk harta benda musnah
    teringat kat rumah kwn kena puting beliung gak. bahaya benda ni

    ReplyDelete
  6. Semoga semuanya selamat....
    Semoga negara kita terhindar dari segala bala bencana....

    ReplyDelete
  7. Risau dgn kejadian2 mcm ni.. semoga Allah sentiasa melindungi... aamiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat