Breaking News

Wednesday, November 5, 2014

Misi Mencari Si Pembuli Bersinglet Hitam




Kes Buli Di Asrama


Kisah buli di khalangan adik-adik kita tidak pernah berakhir. Ada je yang nak jadi samseng. Kes terbaru melibatkan seorang pelajar bersinglet hitam yang bertindak ganas ke atas kumpulan pelajar dengan menyepak dan memukul mangsa tanpa belas kasihan. Kejadian ganas  yang dakwa berlaku di sebuah asrama yang masih belum dikenalpasti ini dipercayai dirakamkan menggunakan handphone. 

Dalam video diatas, seorang pelajar yang bersinglet hitam dibantu oleh beberapa rakan bertindak sebagai samseng apabila membelasah sembilan orang pelajar yang sedang beratur di dalam sebuah bilik asrama. Kalau tengok dari aksi mereka ni, pelajar yang bersinglet hitam ni boleh dianggap sebagai taiko atau abang long kawasan sebab tak ada seorang pun dari sembilan pelajar yang berani melawan..Hmmm...Adik siapalah ni ya..


Misi Mencari Si Pembuli Bersinglet Hitam
Misi Mencari Si Pembuli Bersinglet Hitam

Bila tengok gambar kat atas ni, teringat ada satu kes ragging di asrama dulu. Semuanya kena berbaris melapor diri..macam gambar kat atas lah. Tapi tak adalah yang bertindak seganas ni..cuma kena brainwash aje..hmm..

Harap-harap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu supaya adik-adik yang bercita-cita nak jadi samseng ni di "ajar" terlebih dahulu sebelum dia orang "mengajar" rakan-rakan nya yang lain. Nanti boleh dia orang join gadis pailang di Tunas Bakti.

19 comments:

  1. ada gak tengok kat berita pasal ni semalam. apa nak jadi dengan budak2 skrg. kecik2 dah jadi samseng

    ReplyDelete
  2. Semakin menjadi viral kalau kita perhatikan. Tiap tahu paling tak sekali-dua mesti ada isu ini. Lebih menghairankan siap divideokan. Mana silapnya?

    ReplyDelete
  3. semalam tengok kat berita, memang budak budak yang lain tak berani melawan. Bila difikirkan balik, bagus juga ada yang merakam, sekurang-kurangnya tindakan boleh diambil. Kalau tidak, perkara sebegini akan berterusan dalam diam

    ReplyDelete
  4. Teruknya..macam sakit mental aje pembuli2 tu...

    ReplyDelete
  5. melampau sgt budak2 ni... klau adk sy yg d buat mcm tu... mmg nk kne pembuli2 tu...

    ReplyDelete
  6. Ya allah, mintak jauh lah dr adik2 kita atau anak sedara kita yg masih kecik tp dah duk asrama. Budak budak macam ni berani bila ramai je. kalau sorg2, takkan berani punya.

    ReplyDelete
  7. tindakan keras kena ambil untuk elak perkara sama berulang...lagipun sebagai pengajaran kepada pelaku dan generasi akan daang...ingatkan dah takde...rupanya masih ada lagi pada masa sekarang ni...

    ReplyDelete
  8. pesalah itu perlu ditangkap segera n didera balik..baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah!

    ReplyDelete
  9. Budak ni mmg perlu ditangkap & disekolahkan di sekolah yg sesuai dgn bakat dia.. Kasi cuci otak budak singlet hitam tu...

    ReplyDelete
  10. trauma nak hantar anak ke asaram :( grrr..geram..

    ReplyDelete
  11. bak kata my kakak ipar ; ' alah , pegang jer tgnnya . a[a nak takut ' ... sbb dia dah biasa .

    ReplyDelete
  12. nasiblah disekolah saya tidak ada kes buli yang serius macam tu,.. hehe

    ReplyDelete
  13. tak sampai hati KA nk tgk vid2 ni .. moga yg bersalah dapat balsan setimpal..

    ReplyDelete
  14. Siapakah perakam video itu yer... apa tujuannya? kalau cctv takkan budak2 tu berani buat gitu kan... ermmm....

    ReplyDelete
  15. Tak muncul pula en. nuff nie.. :(

    ReplyDelete

Designed By