Ramainya Pekerja Asing Kat Malaysia

Ramainya Pekerja Asing Kat Malaysia
Ramainya Pekerja Asing Kat Malaysia

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Putrajaya, sehingga kini dianggarkan terdapat sebanyak 6.7 juta pekerja asing bekerja di negara ini. Daripada jumlah ini hanya 2.1 juta pekerja asing mempunyai permit. Bakinya sebanyak 4.6 juta dipercayai memasuki negara ini secara haramHmmm..tinggi tu. mewakili hampir 23% jumlah penduduk Malaysia. Jika trend ini tidak dibendung, kebarangkalian untuk mereka menguasai ekonomi negara sangat cerah. So siapa atau pihak manakah yang bersalah dalam hal ni. 

Ada yang cakap, kita tak boleh nak salahkan pekerja asing coz rakyat Malaysia sendiri tak berminat untuk bekerja sebagai buruh kasar. Kalau tak ada dia orang, siapa yang nak bekerja di ladang, siapa yang nak jadi buruh bangunan atau adakah lagi rakyat Malaysia yang nak jadi maid atau pelayan-pelayan di restaurant? hmmm...ini kena tanya diri masing-masing coz kita percaya angka pengangguran di Malaysia ni sebenarnya tinggi. Tapi mau kah rakyat Malaysia mengambilalih tugas pekerja asing? Tepuk dada tanya selera.


Comments

  1. salam raudah...

    lama x jenguk kat sini...rasanya ramai org2 muda yang tak nak kerja2 di ladang ni....nak tak nak kena ambil warga asing...tapi kena ikut saluran betul la...punya ramai yg x ada permit kerja...tapi...kalau pergi kawasan chowkit...semua dah warga asing...jalan tar tu pun ramai warga asing yg berniaga...mcm mana tu...mmmm

    ReplyDelete
  2. kos pekerjaan tinggi jugak.. tapi disebabkan ada kontrak mereka akan kerja smpi tamat kontrak... kalau orang tempatan baru 2,3 bulan keje dah berhenti.... itu yg ramai menganggur kot...

    ReplyDelete
  3. agaknya kalau buat statistik, dorang lagi kaya...
    dorang ni saya perasan pandai berjimat...

    ReplyDelete
  4. ramai jugak tu..tpi kekdg majikan sendri yg slesa nk ambil pkerja asing sbb boleh bg gaji yg murah..huhu..

    ReplyDelete
  5. Pekerja asing yang dah tak asing lagi tapi kayo....x boleh nak salahkan diorang 100%(bukan menyokong) tapi ada faktor tertentu yang menyebabkan kebanjiran pendatang asing ke negara kita. Takkan hujan kalau awan cerah di langit??...fikir2 dan smoga selamat semuanya.. :))

    ReplyDelete
  6. sangat ramai. majoritinya sangat merbahaya utk rakyat kta sendiri seperti berlakunya kes pecah rumah. mudah mudahan dijauhkan...

    ReplyDelete
  7. nak kata apa...kita perlukan khidmat dorang kot? menakutkan bila terlalu ramai PATI dan PADI ni..

    ReplyDelete
  8. isu ini dari dulu lagi..peluang kerja terlalu luas..cuma kita sahaja tak sanggup kerja dengan gaji yang rendah macam mereka

    ReplyDelete
  9. Banyak duit kita keluar. Kerajaan & pihak swasta perlu cari jln menstrukstur semula ekonomi kita. Tak boleh disalahkan org kita sbb memilih kerja semata2 sbb bukan semua org kita sanggup duduk sampai 10 org sebilik atau duduk kat hutan berkemah. Soalan org kita memilih tu tak releven sebenarnya dgn kenaikan rumah, brg2 & sebagainya... siapa sanggup kerja teruk dgn gaji bawah 900.. nak makan apa klu sewa rumah je dah 600, apa lagi klu dah berkeluarga. Bukan soal org kita memilih, tp bnyk faktor lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu khir..semua pihak perlu main peranan..cuma kadang-kadang kita terfikir ada yang sanggup melepak dari berkerja dengan gaji yang kecil...hmmm...yang tu payah sikit..

      Delete
  10. Memang terlalu banyak ... Sampaikan dah macam negara dia orang plak sesetengah kawasan tu ... Perlu penyelesaian segera ...

    ReplyDelete
  11. perkara ini berlaku bkn setakat org tempatan x nak keje mrk tapi wages yg ditawarkan x lagi relevan dgn tuntutan sara hidup lagipun tauke2 besar itu lbh suka mengupah org2 asing sbb nak jimat kos . jadi apa pilihan yg warga tempatan ada . saya ada baca ttg graduan yg susah dpt kerja sehinggakan terpaksa jual pisang goreng di tepi jln wpun dia ada ijazah undang2 dan fasih dlm 3 bhs . ada juga yg terpaksa menjadi petani moden ... org kita sebenarnya terhimpit . kerajaan sepatutnya ketatkan syarat pengambilan pekerja asing ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Factor wages tu salah satu sebabkan...cuma kadang-kadang kita terfikir ada yang sanggup tak melakukan apa-apa dari bekerja dengan gaji yang kecil..Hmmm..yang ni susah sikit,..dan syarat pengambilan pekerja asing tu memang boleh dikawal cuma kalau dari segi wages tak menepati citarsa anak tempatan sukar juga coz nanati silap=silap ekonomi negara yang menjunam..

      Delete
  12. Tak dinafikan... Dh nmpk pun.. Rkyat malaysia jadi hamba ditanah sendiri...

    ReplyDelete
  13. Rakyat Malaysia ni belajar takmau.
    Tapi, tang kerja memilih sangat.
    Konon jatuh standard ler tu.

    ReplyDelete
  14. mula tu memang salahkan negara sendiri sebab ambik pekerja asing, tapi rakyat malaysia ni memilih, nak kerja bagus2...dissapointed jugak la kan... cer tengok negara luar dari asia, diorang rembat je keje apa2 yang boleh buat duit :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat