Rezeki Dari Allah

Rezeki Dari Allah
Rezeki Dari Allah

Salam pagi isnin untuk semua pembaca Blog Santai. Pagi ni bila kita baca status di instagram kita tertarik tentang luahan hati seseorang tentang rezeki. Biarpun ayatnya tidak secara direct tapi yang pasti ianya berkaitan dengan rasa tak puas hati beliau terhadap kejayaan yang dimiliki oleh teman rapatnya. So kita terus teingat nak buat entry ni coz kita pernah mengalami benda yang sama. Semoga kisah pendek ni boleh dijadikan renungan untuk kita semua.

Sebenarnya bila kita berbicara tentang rezeki, fokus utama kebanyakan dari kita adalah RM. Kita terlupa bahawa takrifan rezeki itu amat luas. Rezeki bukan hanya wang ringgit tapi ia merangkumi apa sahaja yang kita nikmati dari Allah. Kehidupan yang bahagia, kesihatan yang baik, kejayaan dalam hidup, kesempurnaan wajah yang yang diberi Allah, makanan yang melimpah ruah, akal yang bijak dan macam-macam lagi. 

Dan kita kena ingat, setiap anak Adam apabila ditiup roh ke dalam jasadnya maka telah ditetapkan empat perkara termasuk rezeki, ajal, jodoh dan bala yang menimpanya. Jadi jangan sesekali kita bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain kerana Allah memberi rezeki yang berbeza-beza kepada setiap hambanya. Allah adalah sebaik-baik perancang. Seharusnya sebagai umat Islam kita mesti sentiasa beriman dengan prinsip qadak dan Qadar yang jelas mengisyaratkan bahawa setiap kelebihan dan rezeki yang dinikmati seseorang semuanya telah ditentukan oleh ALLAH sejak azali. 

Jangan dengki dan irihati. Jangan pernah mengaku kalah dengan kekurangan diri, sentiasa berusaha untuk memajukan diri, berdoa dan tawakkal untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Dan yang penting mengadu lah dengan Allah, bukan dengan manusia di twitter, instagram, facebook atau Blog sekalipun. Moga-moga Allah mendengar setiap doa-doa yang kita panjatkan. Aminn...

Comments

  1. betul tu. saya setuju. semoga kita semua dilimpahi rezeki daripada Allah. Seeloknya tidak terlalu diluahkan di media sosial. bimbang jika ia mengundang padah

    ReplyDelete
  2. subahnallah..setuju sangat. allah sebaik baik perancang. alhamdulilah..atas nikmat dan rezeki.

    ReplyDelete
  3. Kadang2 tu takmo compare..
    Tapi tercompare juga.
    Cth: Kenapa keluarga orang lain boleh solat berjemaah, kenapa kita tak?

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. rezeki masing2. T kasih atas peringatan ini.

    ReplyDelete
  5. Betul...rezeki boleh didatangkan dlm pelbagai bentuk..
    terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  6. Hargai dan syukuri dengan apa yang kita ada dan mohon pertolongan denganNya.. :) tq sis

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat