Breaking News

Saturday, November 1, 2014

Tahniah Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Tahniah untuk pasukan Pahang yang telah berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dengan menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi sepakan penalti. Pasukan Pahang yang terpaksa beraksi dgn 10 pemain apabila Saiful Nizam Miswan dilayangkan kad merah pada minit ke 66 selepas mengasari Amri Yahya menunjukkan semangat juang yang tinggi. Pastinya semangat Tok Gajah menemani mereka apabila berjaya mengharungi 120 minit permainan yang berkesudahan seri 2-2. Dickson Nwakaeme menjadi hero bagi Pahang apabila berjaya menjaringkan kedua-dua gol.


Dickson Nwakaeme
Pemain Pahang Dickson Nwakaeme meraikan gol pertama Pahang 

JDT juga mempamerkan permainan yang baik. Namun rezeki lebih berpihak kepada pasukan Pahang apabila Mat Yo gagal untuk menjaringkan sepakan penalti yang akhirnya membuka ruang buat Pahang untuk muncul juara dengan kemenangan 5-3. Menangis Mat Yo...Apa-apa pun tahniah untuk pasukan JDT juga kerana berjaya memberikan saingan sengit. Cuba lagi tahun depan ya...
Piala Oppo Untuk Pahang 
Persaingan antara pemain Pahang & JDT
Yea...Esok Cuti...

Dan kalau you all perasan insiden membaling mercun ke arah padang oleh kedua-dua penyokong berleluasa semalam. Difahamkan ada yang tercedera apabila mercun yang dibaling penonton yang duduk di bangku bahagian atas terkena kepala dan badan beberapa penonton di bahagian bawah. Apa lah masalah dia orang ni. Nak tengok bola ke nak gaduh...Hmm..


9 comments:

  1. Tahniahh pahang. Tu yang tak suka tu bila demam bola bermula. Suka sgt main buat aniaya. Baling mercun la ape la. Tiru luar negara dah masyarakat kita sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. dah agak dah bab baling mercun tu..huhu.apa-apa pun, tahniah Pahang!Gol Nwakaeme 2,2 pun cantik!

    ReplyDelete
  3. Ala.. kakak sedih sebab pasukan negeri kakak tewas huhu...
    Apa pun dua-dua pasukan memang hebat

    ReplyDelete
  4. Sedih...coz JDT kalah..
    Dah la tgk bola semalam kat Temerloh..bersama-sama penyokong tok gajah...huh

    ReplyDelete
  5. sedih jdt kalah ... waaaa ... education uk .

    ReplyDelete
  6. Tahniah Pahang... JDT ttp dihati huhu.. :D

    ReplyDelete
  7. tahniah red warrior :) ops! boleh gak kan BS..

    ReplyDelete
  8. sedih gak JDT kalah, tapi takpe ! ada rezeki yang lain... tahniah Pahang :)

    ReplyDelete

Designed By