Tiada Lagi Subsidi RON 95 Mulai 1 Disember

Tiada lagi Subsidi RON 95 Mulai 1 Disember

Tiada Lagi Subsidi RON 95 Mulai 1 Disember


Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek membuat pengumuman bahawa Subsidi petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember ini. Selaras dengan itu, harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terkawal. Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.

Berdasarkan trend pada ketika ini, harga pasaran minyak dunia sememangnya rendah. So kaedah apungan adalah yang terbaik. Namun harus diingat persidangan OPEC akan berlansung pada 27 November depan yang akan menentukan harga pasaran minyak dunia. Kalau kita lihat apa yang berlaku sekarang, OPEC diberi tekanan untuk menaikkan harga minyak dipasaran dunia.  So ada kemungkinan besar harga RON 95 juga akan naik mulai 1 Disember 2014....hmmm...ingatkan nak turun..rupanya naik lagi..Apa-apa pun Just wait & see k...

P/s: Sejujurnya kita tak faham dengan pendirian kerajaan. Last month just announced that hanya mereka yang berpendapatan RM5000 ke bawah layak menerima subsidi RON 95. Begitu juga dengan penggunaan mykad sebagai instrument untuk merekodkan penyata gaji serta data-data lain yang berkaitan. Peraturan baru ini katanya akan terpakai menjelang Jun 2015.  Tup-tup semalam kata tiada lagi subsidi RON 95. Aikk..takkan cepat sangat tukar decision kot....takkan kerana harga minyak dunia jatuh teruk, kerajaan tukar decision...hmmm..confuse..



Comments

  1. kerajaan kite mmg akn mengeluarkan statemnt2 yg tak pape ntah..huhuh.demi duit poket sendiri tanpa pk kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Tu la ingatkan perlaksanaan byr myk guna mykad tu digunapakai. Tetibe announce mcm ni.

    ReplyDelete
  3. ntahlah....dah membayangkan macam2 dengan announcement ni...dengan harga barang yang bakal naik dan terus naik...

    ReplyDelete
  4. So kalau tak ada subsidi ..mcm mne ek harga nanti... susah duduk malaysia nie :p

    ReplyDelete
  5. Rasanya rakyat lebih bnyk gunakan ron65 ni berbanding ron97.. kat mana yg mesra rakyatnya... wallahualam...

    ReplyDelete
  6. Hmm... Ntah la... Tak tahu nak kata pe dh...

    ReplyDelete
  7. susah la rakyat nanti.. nasib baik nina jarang guna kereta

    ReplyDelete
  8. dah jadi cam jepun lah ... yg pasti harga brg n perkhidmatan juga mencanak naik ... inti sini

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat