6 Teknik Kejam CIA

 Kebanyakan tahanan suspek pengganas akan diseksa menggunakan pelbagai
6 Teknik Kejam CIA

CIA : Agensi Risikan Pusat


Semua orang pasti pernah dengar perkataan CIA kan. Bukan Chief Internal Audit ya, tapi Central Intelligence Agency, (CIA) atau dalam bahasa adalah Agensi Risikan Pusat. Menurut wiki, CIA merupakan salah satu agensi keselamatan bagi negara Amerika Syarikat, yang bertanggung jawab untuk mendapatkan dan menganalisa maklumat berkenaan kerajaan negara-negara luar, badan-badan korporat, serta individu-individu, dan melaporkan maklumat tersebut kepada beberapa badan lain di dalam kerajaan Amerika Syarikat.
Ibu pejabatnya adalah di kawasan komuniti Langley di McLean CDP Fairfax CountyVirginia, berhadapan Sungai Potomac dariWashington, D.C.. CIA merupakan salah satu daripada komuniti perisikan Amerika, yang mana sekarang di pimpin oleh Pengarah Agensi Perisikan Pusat (Director of Central Intelligence Agency, D/CIA). Tanggungjawab CIA secara kasarnya adalah seperti British Secret Intelligence Service di BritishAustralian Secret Intelligence Service di Australia atau Mossad di Israil.

Teknik Kejam CIA


Banyak perkara menarik yang kita baca mengenai CIA namun untuk hari ni kita nak kongsikan 6 teknik kejam yang di gunakan oleh CIA ke atas suspek al-Qaeda yang diakui melampaui had ditetapkan serta ‘bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan’. Laporan penderaan kejam ini didedahkan buat pertama kalinya dalam laporan Senat Biro Penyiasatan Pusat Yang mempunyai 500 mukasurat. Antara kekejaman yang dilakukan adalah: 

Merejam Mangsa Dalam Air
Menutup Hidung Dan Mata Ketika Air Di Tuang Ke Atas Muka
Di Belasah Sehingga Patah Kaki
Di Tampar Dan Di Campak Ke Dinding
Tidak Di Benarkan Tidur Sehingga Lebih Seminggu
Di Ancam Dengan Pistol Dan Di Ugut Menggunakan Alat Gerudi Berjuasa Elektrik

Hmm..kejamkan..Laporan ini telah membangkitkan kemarahan masyarakat dunia yang mahu ejen dan pegawai kanan agensi risikan itu dibawa ke muka pengadilan. Tak tau lah sejauh mana desakan ini bakal menjadi realiti kerana pihak yang melakukan dan berkuasa adalah orang yang sama...


Comments

  1. ya Rabbi.. mmg kejam dan tak perikemanusiaan.. mmg hati kering la geng yg kerja dgn CIA ni ye..

    ReplyDelete
  2. Allah sengaja membiarkan hambanya yg jahat2 INI berkuasa di buminya...SBB Allah nk tunjukan kuasanya...sekali Allah bertindak terhapus mrk Dan keturunan mrk...!!!kita org islam baiki diri Dan bertaubat.ITU kerja kita...yg akan menghapuskn mrk adalah Allah Dan tentera2nya

    ReplyDelete
  3. Kejam....dah macam bukan manusia..

    ReplyDelete
  4. Aduhai.. Kejam giiler seyh..

    ReplyDelete
  5. orang kafir macam tu la...dia kata kita kejam sebab ada Akta Hasutan, dia punya kejam dia tak fikir pula.

    ReplyDelete
  6. tak ke mana pun klu nak heret mrk ni . USA kan byk muslihat ...

    ReplyDelete
  7. Mereka sebenarnya mmg kejam.. tak berperi kemanusiaan langsung!

    ReplyDelete
  8. Waduh ini bukan data rahasia ya, hebat dapat aja info begini. good job

    ReplyDelete
  9. agak zalim gak... dah terbayang2 dah siksaan ni lelagi bab tido tu... seminggu tak tido?? huwaa siksanyaaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat