Berperang Di Udara Kerana Tangisan Bayi

Berperang Di Udara kerana Tangisan Bayi

Berperang Di Udara kerana Tangisan Bayi


Dua minggu lepas, pesawat Air Asia terpaksa berpatah balik apabila berlaku insiden salah seorang krew disimbah air panas oleh seorang penumpang yang tidak berpuas hati apabila mendapat minuman yang silap. Kecoh kejab dalam pesawat. Kali ni ada lagi yang buat apabila perperangan tercetus diudara apabila seorang ibu gagal mengawal emosinya apabila dua wanita menuduh tangisan anaknya terlalu bising.
Insiden perperangan ini berlaku dalam penerbangan dari bandar Chongqing di barat daya China ke Hong Kong. Ibu berkenaan, Chan Juan Sung, 27, diserang dua wanita yang berang kerana tangisan anak nya mengganggu tidur mereka yang duduk di belakang. Kedua-dua wanita berkenaan menyuruh Juan Sung ‘mendiamkan’ anaknya, tetapi teguran itu tidak diendahkan.
Kerana berang ditegur, ibu bayi itu menjerit ke arah kedua-dua wanita tersebut sambil berdiri dan menumbuk seorang wanita berkenaan. Mereka kemudian membalas serangan itu dan menumbuk ibu berkenaan hingga keadaan menjadi tidak terkawal. Akibatnya bayi tersebut mula menangis sekuat hati sementara penumpang lain menjerit. Sure havoc masa ni..
Dan yang lebih menakutkan, perperangan ini berlaku beberapa hari selepas seorang penumpang yang menaiki pesawat buat kali pertama membuka pintu kecemasan ketika kapal terbang masih bergerak di lapangan terbang di Sanya, kerana tidak sabar hendak turun. hmmm...macam-macam lah dia orang ni..bahaya-bahaya!!!!

Comments

  1. Isk..isk..dah macam drama pulak..
    Apa-apa pun..kalau kes macam tu..kena selalu bertolak ansur dan saling hormat menghormati....

    ReplyDelete
  2. macam-macam lah..semoga tak terserempak kejadian-kejadian gini.huhu

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum... raudz,

    wahh.. macam kejadian yang terjadi kat kapal terbang nie.. seram pulak nak naik kapal terbang.. sejak kejadian MH370.

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam MS..

      Memang suspen kalau jadi macam ni MS...that is why Air asia Thailand tu patah balik..takut tak boleh control..hmmm.

      Delete
  4. Doniaaa... semua unexpected kan kak raudzah... aduhai....

    ReplyDelete
  5. Mcm2 org ni.. apa2 perkara nak berlaku boleh terjadi tak kira di mana2 kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat