Breaking News

Tuesday, December 16, 2014

Cara Mudah Elak Hati Sakit

Cara Mudah Elak Hati Sakit
Cara Mudah Elak Hati Sakit

Cara Mudah Elak Hati Sakit



السلام عليكم buat semua pembaca Blog Santai. Alhamdulillah kita masih diberi udara untuk bernafas serta berkongsi sedikit ilmu tentang cara mudah untuk mengelak hati daripada sakit atau mati. Semoga pesanan ringkas ini memberi manafaat untuk semua.

Setiap amalan bersumber daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan perbuatan yang baik. Dan hati yang rosak hanya akan melahirkan perbuatan yang buruk. Meskipun ia melakukan kebaikan, namun tersimpan niat buruk di sebaliknya. Oleh itu, hati sangat menentukan kualiti amalan seseorang.

Rasulullah SAW bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, daging itu adalah hati. (riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Banyak cara yang kita boleh lakukan untuk memelihara hati kita daripada sakit atau mati. 7 Cara Mencuci Hati Manusia ada di sini. Namun yang paling senang adalah dengan menjaga solat kita kerana solat itu adalah ibu segala ibadah.

“Amalan seorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari Kiamat adalah shalat. Jika shalatnya baik maka baiklah seluruh amalannya dan jika buruk maka buruklah seluruh amalannya.” (HR. Thabrani)

Jadi kena sentiasa ingat ini:

Solat itu tiang ibadah

10 comments:

  1. saya sangat setuju. soalat mencegah segala penyakit hati

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian Raudzah...
    Salam Rabu :)

    ReplyDelete
  3. sama2 lah kita menjaga solat walau di mana kita berada :)

    ReplyDelete
  4. kalau anda lihat pada gambar pertama, dia beritahu bukanlah setakat menjaga solat tapi memperbaikki solat... nasihat ni special untuk orang lelaki sebenarnya... carilah solat terbaik...

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang terbaik jaga lah hati

    ReplyDelete
  6. Peringatan yg baik buat kita semua renungkan.. thanks sharing Raudzah.

    ReplyDelete
  7. Peringatan yang mengingatkan... thx kak raudzah :)

    ReplyDelete

Designed By