Fadhilat Solat Sunat Witir

Fadhilat Solat Sunat Witir

Solat Witir


 السلام عليكم buat semua pembaca Blog Santai. Alhamdulillah, kita semua masih di beri peluang untuk bernafas dan berkongsi ilmu tentang fadhilat Solat Witir. Solat Sunat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas solat isyak sehingga terbit fajar saddiq iaitu sebelum masuk waktu subuh. Lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir. 

Dalil Solat Witir


Rasulullah SAW, bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Rakaat Solat Witir


Bilangan rakaatnya ialah ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat. Biasanya dilaksanakan secara berjemaah juga boleh secara bersendirian.

Niat Solat Witir

Witr1.jpg

Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala.

Doa Solat Witir


DoasolatWitir.jpg

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Fadhilat Solat Witir


1. Orang yang mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat. 
2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain. 

Comments

  1. banyak fadilatnya.terima kasih kerana berkongsi. :)

    ReplyDelete
  2. Semoga sentiasa dimudahkan & diringankan buat diri kita semua mengerjakannya... aamiin.. Salam Jumaat Raudzah.. :)

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan kita semua utk menjalankan ibadah solat sunat ini. Besar sekali ganjarannya!

    ReplyDelete
  4. Terbaiklah sis.. Moga Allah mempermudahkan kita untuk beribadat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat