Breaking News

Tuesday, December 9, 2014

Inilah Profil CEO MAS Yang Baru

Mr Mueller, CEO MAS yang baru
Mr.  Christoph R. Mueller, CEO MAS Yang Baru

Inilah CEO MAS Yang Baru


Tahniah kepada Mr.  Christoph R. Mueller yang telah dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat baru Penerbangan Malaysia (Mas)Menurut rekod, Mr Christoph R. Mueller, adalah merupakan seorang veteran dalam industri penerbangan yang mempunyai rekod yang cemerlang. Beliau sememangnya dikenali di dalam industri penerbangan sebagai seorang yang mempunyai kepakaran dalam memulihkan syarikat penerbangan yang bermasalah.  Pelantikan Mueller akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.

Profil CEO MAS Yang Baru


Mr Mueller memiliki pengalaman selama 25 tahun dalam bidang penerbangan. Antara rekod cemerlang beliau adalah sebagai perancang strategik dan kewangan serta pengstrukturan semula syarikat yang bermasalah. Kemampuan dan keberanian untuk melaksanakan perubahan termasuk memperkenalkan teknologi baru serta pengedaran dan juga penyelesaian peruncitan sangat dikagumi.
Antara syarikat peberbangan yang telah menerima sentuhan ajaib Mr. Christoph R. Mueller yang berasal dari Jerman adalah, Aer Lingus dari Eropah, Lufthansa, Sabena S.A., serta Delta Air Transport (DAT) yang kini dikenali sebagai Brussels Airlines dan merupakan syarikat penerbangan Belgium.

Kalau dilihat dari profile Mr Mueller, beliau adalah calon yang tepat. Semoga perlantikan ini mampu memulih serta mengembalikan zaman kegemilangan MAS. Good luck Mr Mueller.

25 comments:

  1. mungkin berat sikitlah cita-cita kita nak hentikan penjualan arak dalam kapal terbang MAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah kalau niat dia orang ikhlas nak hentu mesti allah bantukan tak kira lah siapa CEO dia kan Sal...

      Delete
  2. hehe pemain import gitu..semoga MAS cepat pulih

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemain import akhirnya ya..he..he.. Nanti kita gi visit ya...Thanks AA coz singgah sini..

      Delete
  3. Replies
    1. Tahniah & good luck to him sis..not an easy task..

      Delete
  4. tahniah dan semoga MAS dapat dipulihkan

    ReplyDelete
  5. semoga beliau dapat membantu memulihkan MAS

    ReplyDelete
  6. semoga semuanya akan berkembang dengan baik. kerana MAS adalah pilihan kemana destinasi

    ReplyDelete
  7. Semoga MAS kembali pulih dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.. Ameen

    ReplyDelete
  8. impressivenya profile dia :) good choice mas

    ReplyDelete
  9. Apa kurangnya rakyat Malaysia sampai kena ambil tenaga luar? Airasia rakyat msia yg terajui... okayyy jerr...

    ReplyDelete
  10. Agak ralat jugalah bila sibuk mencanangkan tentang memartabatkan bangsa & barangan buatan Malaysia, tiba2 disebabkan dah terlalu gawat akhirnya negara mengharapkan orang luar dalam perkara melibatkan kebanggaan negara.. Pada pandangan saya yg tak bijak ni, kira macam tercalar jugalah maruah negara. Penat je org2 dulu memperjuangkan entiti bangsa Malaysia dlm equiti dan sebagainya. Baik lagi Air Asia.. Sokonglah Air Asia yg diteraju oleh orang Malaysia!
    Secara peribadi, saya tak setuju tapi siapalah saya...

    ReplyDelete
  11. All the best 'Mr Transformer'.....semoga MAS cepat2 pulih...

    ReplyDelete
  12. Good luck Mr. Christoph R. Mueller.

    ReplyDelete
  13. byk rm upah dia tu ... semoga mas kembali pulih dan jadi lbh baik .

    ReplyDelete
  14. Ramai yang melenting tanpa sebab..huhu

    ReplyDelete

Designed By