Skip to main content

Jenayah Ragut Semakin Serius

Jenayah Ragut Semakin Serius
Jenayah Ragut Semakin Serius

Jenayah Ragut Semakin Serius


Apabila keadaan ekonomi tak menentu, ramai yang nak jadi penjenayah. Sebab tu kita boleh baca dan lihat jenayah di sana sini. Antara yang ketara meningkat adalah kes ragut. Sebanyak  2,098 kes telah dicatatkan di seluruh negara dari Januari hingga Oktober tahun ini. Perangkaan ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 19.8 peratus atau 347 kes ragut di seluruh negara pada tahun ini. Peningkatan jumlah kes sememangnya menjadi kebimbangan ramai terutama golongan wanita.

Untuk mengelakkan daripada menjadi kumpulan sasaran kita semua dinasihatkan supaya tidak mengambil mudah langkah-langkah keselamatan yang perlu. Antara tips untuk mengenal peragut dan cara untuk mengelak daripada mereka adalah:

Mengenali Peragut Dan Lokasi Utama


1. Penjenayah ini sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
2. Kebiasaannya penjenayah ini menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.

Bagaimana Kejadian Ragut Berlaku


1. Memakai barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
2. Membawa beg tangan dengan cara yang memudahkan peragut meragut.
3. Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat sibuk dan sesak.
4. Meninggalkan beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk untuk membeli-belah.


Jenayah Ragut Semakin Serius

Cara Mengelak Daripada Di Ragut


1. Elakkan membawa tunai yang banyak. Menggunakan debit card adalah lebih baik. 
2. Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
3. Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
4. Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
5. Ketika berjalan di atas jalanraya atau lain-lain, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
6. Elakkan dari memakai dan mendedahkan barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
7. Elak dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.


Comments

  1. FOBIA BETUL.... MYG PENAH TOLONG MANGSA RAGUT BAWA GI SEPITAL.... ADEHHH... CAM NAK PENGSAN BYK SGT DARAH... TERSEMBAM ATAS JALAN RAYA...

    ReplyDelete
  2. kdg tgk ramai yg x peka.. bawa beg sambil lewa... pakai brg kemas bukan main tayang... alih kena ragut salahkan peragut pula...

    ReplyDelete
  3. terinagt kejadian ragut dekat tmpt tinggal sy Raudz..ibu mengandung di ragut oleh seorg lelaki...si ibu cedera sikit..nsb baik jg jiran2 keluar membantu..

    ReplyDelete
  4. minta dijauhkan perkara2 mcm gini...
    menakutkan

    ReplyDelete
  5. Good tips...
    Moga dijauhkan dari segala bencana...

    ReplyDelete
  6. Tulah..takut.
    Kadang2 kita terleka sikit je.
    Dah zaaaasss..

    ReplyDelete
  7. Banyak peragut yg dihadapkan hukuman membunuh tanpa niat (Sek. 304). Asalnya nak menyamun tetapi hingga membuatkan mangsa mati.. Kena sentiasa berhati2 dgn jenayah ragut ni..

    ReplyDelete
  8. nak pakai barang kemas pun takut sekarang.... taraf hidup kekadang punca... entahlah... memang kena hati2 manapun kita pergi... sha fobia tengok moto...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat