Breaking News

Wednesday, December 24, 2014

Malaysia dan Rasuah : Persepsi & Realiti

Rasuah Di Malaysia : Persepsi & Realiti
Rasuah Di Malaysia : Persepsi & Realiti

Malaysia dan Rasuah : Persepsi & Realiti


Malaysia dan Rasuah adalah dua perkataan yang saling berkait dalam pelbagai cara. Ada yang kata rasuah di malaysia bagai irama dan lagu. Tak boleh dipisahkan. Wah hebat...Kata negara Islam ya..tapi...Hmmm..Apa-apa pun jom kita tengok 3 fakta menarik mengenai rasuah di Malaysia:

Fakta I: Firma perakaunan KPMG, dalam kajiselidik tentang rasuah yang dijalankan pada tahun 2013 mendedahkan bahawa 90% daripada organisasi perniagaan merasakan bahawa rasuah adalah satu keperluan untuk menjalankan perniagaan di Malaysia pada masa ini.

Fakta II: Barometer Rasuah yang dikeluarkan pada bulan Januari tahun ini mencatatkan sebanyak 45% daripada rakyat Malaysia berpendapat parti politik adalah yang paling korup, diikuti oleh pasukan polis dan juga pegawai di jabatan kerajaan.

Fakta III: Malaysia menduduki tangga ke 50 di kalangan 175 negara di seluruh dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2014. Bergerak tiga tangga lebih baik daripada tempat ke 53 tahun lepas dan diletakkan kedua selepas Singapura di Asia Tenggara (kebetulan, Singapura berada di kedudukan 7 daripada 175).

Melihat kepada ketiga-tiga fakta diatas, nampaknya tidak banyak perubahan yang berlaku setelah berdekad lamanya. Sasaran kumpulan yang terlibat dalam rasuah masih golongan yang sama. Adakah ini realiti atau hanya persepsi?

8 comments:

Designed By