Masjid Baiturrahman Yang Di Jaga Allah

 Masjid Baiturrahman Yang Di Jaga Allah
Masjid Baiturrahman Yang Di Jaga Allah (dulu)

Masjid Baiturrahman Yang Di Jaga Allah


Masih ingatkah semua tanggal 26 Disember 2004, apabila hampir sepertiga Aceh dimusnahkan ombak besar tsunami yang meragut sekurang-kurangnya 226,000 nyawa. Pada ketika itu Aceh boleh dianggap padang jarak padang terkukur. Yang tinggal di tengah-tengah sebuah kawasan lapang adalah sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Besar Baiturrahman. Masjid ini telah berusia 135 tahun. Namun ianya kekal utuh djaga Allah sehingga kini, biarpun pada ketika tsunami berlaku, keliling nya dipenuhi serpihan dan runtuhan tsunami. Tiada yang terselamat.

Masjid Baiturrahman Yang Di Jaga Allah
Masjid Baiturrahman Yang Di Jaga Allah (kini)

Semalam kira-kira 5,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak memenuhi rumah Allah itu dalam upacara majlis solat hajat terbesar sejak bencana tsunami. Bagi rakyat Aceh kini, mereka percaya Tsunami yang dihantar Allah sepuluh tahun yang lalu perlu dilihat sebagai rahmat dan bukannya bala Allah. Tsunami telah membawa keamanan di Aceh yang telah bertahun-tahun menderita akibat konflik antara kumpulan pemisah dan tentera Indonesia. 

Musibah Itu Rahmat Allah


Inilah pengajaran yang harus kita ambil setiap kali berlaku musibah. Percayalah setiap musibah yang berlaku adalah rahmat Allah yang kebaikannya hanya dapat dilihat dengan mata hati. Sama juga dengan keadaan banjir yang berlaku sekarang. Percayalah ianya juga adalah sebahagian daripada rahmat Allah. Ianya datang bersebab dan kita percaya mereka-mereka yang ditimpa musibah ini adalah mereka-mereka yang terpilih kerana Allah tidak akan menguji seseorang diluar kemampuannya. 

Musibah Itu Rahmat Allah

Percayalah apabila kita redha di atas ujian Allah, maka Allah akan menggantikan kekecewaan dengan kegembiraan yang kadang-kadang diluar jangkaan kita.  #Pray4pantaitimur

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat