Mengapa ELT Pesawat QZ 8501 Tak Hantar Isyarat ?

Mengapa ELT Pesawat QZ 8501 Tak Hantar Isyarat ?
Mengapa ELT Pesawat QZ 8501 Tak Hantar Isyarat ?

QZ 8501: ELT Tak Hantar Isyarat


Kejadian kehilangan pesawat Air asia QZ 8501 masuk hari kedua dan masih menjadi misteri. Kehilangan pesawat seolah-olah mengingatkan kita kepada tragedi yang menimpa MH 370. Dalam kedua-dua tragedi, ada persamaan yang berlaku. Kedua-dua pesawat dikatakan berada di dalam keadaan yang baik. Tiada isyarat kecemasan diberikan sebelum pesawat hilang dari radar. Pesawat juga dikatakan berkemungkinan besar berada di dasar lautan mengikut maklumat yang diberikan oleh Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia. Jika MH370 berada di lautan Hindi, QZ8501 pula dikatan berada di dasar laut Jawa. Namun menurut Kapten Huzlan, jika benar-benar pesawat telah terhempas atau mencecah permukaan laut, ELT yang berada di ekor pesawat pastinya akan menghantar signal. Tapi dalam kes QZ 8501, tiada sebarang signal yang diberikan. Jadi apakah QZ 8501 benar-benar terhempas ke dasar lautan?


Laporan yang mengatakan pesawat terbang rendah juga mengingatkan kita kepada MH 370 yang dikatakan berpatah balik serta terbang rendah untuk mengelakkan dari di kesan radar. Dalam kes QZ 851, beberapa individu menyatakan ada pesawat yang terbang rendah di hari kejadian. Apakah yang dilihat itu QZ 8501?

Jadi apakah nasib sebenar pesawat QZ 8501? Adakah sama seperti MH 370 yang sehingga ke hari ini tidak dapat ketahui untung nasibnya atau sebaliknya? #Pray4QZ8501.


Comments

  1. teruskan berdoa untuk QZ851.mungkin maslah teknikal sebab cuaca buruk katanya..nak komen lebih-lebih bukan bidang kita kan..huhu

    ReplyDelete
  2. Ya Allah dugaan demi dugaan menimpa pada MALAYSIA.. Moga kita semua tabah dalam mghadapi dugaan..

    ReplyDelete
  3. Semoga pesawat tersebut akan ditemukan segera

    ReplyDelete
  4. apelah perminan dunia ni thdp malaysia?

    ReplyDelete
  5. Semoga pesawat tersebut akan dijumpai dalam masa terdekat janganlah trajedi kehilangan pesawat MH370 berulang lagi

    ReplyDelete
  6. Misteri... tragedi2 ni seolah2 ada dalang dalam semua kejadian2 ni... wallahu a'alam... Semoga dapatlah diketemukan segera...

    ReplyDelete
  7. Semoga mereka dijumpai...
    selepas satu, satu lagi dugaan buat malaysia... aduhai...

    ReplyDelete
  8. Semoga dijumpai...semoga semuanya selamat..

    ReplyDelete
  9. Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan bahawa ada isyarat kecemasan yang dihantar oleh alat Emergency Locator Transmitter (ELT) tetapi isyaratnya lemah.

    Hari ini, Tempo memetik sumber dari Angkatan Tentera Indonesia yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang sejak pagi semalam.

    Pesawat itu dipercayai berada di antara Pulau Bangka dan Belitung.
    Fungsi ELT ialah menghantar isyarat lokasi di mana ia berada apabila sesebuah pesawat terhempas atau pun tenggelam di dalam laut.

    Ia mampu menghantar isyarat terus-menerus sehingga bateri kuasanya habis iaitu kira-kira 30 hari. Berkemungkinan besar, pesawat terjunam terlalu dalam ke dasar laut.

    ReplyDelete
  10. semoga cepat ditemui dan mrk didalamnya berada dlm keadaan selamat ... inti

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat