Ramainya Jutawan Di Kuala Lumpur

Bandar raya Kuala Lumpur dinamakan sebagai satu daripada tujuh
Ramainya Jutawan Di Kuala Lumpur

Ramainya Jutawan Di Kuala Lumpur


Percaya atau tidak jika kita katakan bahawa Kuala Lumpur mempunyai bilangan jutawan tertinggi melepasi semua bandar-bandar lain di dunia. Macam kurang percaya tapi inilah kenyataan yang dibuat international wealth research group WealthInsight. Menurut laporan, Kuala lumpur mempunyai 13,800 jutawan pada tahun 2013, lebih tinggi daripada Abu Dhabi 12,500, Cape Town 8753 dan juga Birmingham 8736.
Laporan ini juga turut mengesahkan bahawa, bilangan jutawan yang terdapat di Kuala Lumpur ini memberi penunjuk bahawa kekayaan yang di miliki oleh penduduk di Kuala Lumpur sememangnya tinggi. Namun data ini juga menunjukkan terdapat jurang perbezaan yang semakin ketara diantara golongan kaya dan golongan berpendapatan rendah. 
Kekayaan di Malaysia dianggap berkembang pada kadar yang luar biasa di antara tahun 2009 dan 2013. Kekayaan ini dijangka meningkat lagi sebanyak 28% kepada US $ 206 bilion pada tahun 2018. Wow..how I wish I could be one of them...
Berdasarkan jumlah kekayaan ini, dianggarkan pendapatan purata tahunan di negara ini berada di sekitar RM20,000 dan gaji minimum adalah dalam pada RM900 sebulan. Hmmm..
Dan yang paling best..Malaysia juga diramal akan mempunyai lebih banyak jutawan pada tahun 2018 berbanding Emiriah Arab Bersatu. Hmm...so get ready guys.. Who is going to be the next millionaire...

Comments

  1. Sayangnya kekayaan mereka tak mahu diagih kepada mereka yg menderita memerlukan bantuan..

    Harapnya yg Islam ingatlah berzakat..

    ReplyDelete
  2. walaupun jutawan, harap2 mereka banyakkan bersedekah dan membantu mereka yang susah....

    ReplyDelete
  3. jutawan ramai, gelandangan dan fakir miskin harap-harap dah tak ramai.

    ReplyDelete
  4. Tengah bersiap sedia utk jadi jutawan jugak ni huhu.. :D

    ReplyDelete
  5. Yang pasti sayalah jutawan yang seterusnya. hehe :)

    ReplyDelete
  6. Tumpang bangga jadi rakyat Malaysia walau bukan dlm golongan jutawan hihi.....patutlah rumah semakin mahal ...

    ReplyDelete
  7. Kalau setiap setiap seorang jutawan menaikkan orang lain untuk menjadi jutawan dan mengurangkan jurang pendapatan...tidak mustahil semua orang di KL juga mampu menjadi jutawan...

    ReplyDelete
  8. Semoga saling tolong menolong dlm mengurangkan jurang perbezaan

    ReplyDelete
  9. dah jadi mcm di India pulak, yg kya, kya sgt, yg miskin, miskin sgt..huhu..
    asalkan mereka kya dgn usaha sndri xda msalah, klau jutawan pun menipu ke, rasuah ke..itu bukn jutawan tu..huhu..

    ReplyDelete
  10. Ramai jutawan dan ramai juga gelandangan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat