Runtuhan Di Mana-Mana

Embedded image permalink
Runtuhan Konkrit Cair Di Stesen LRT Putra Height

Runtuhan Di Mana-Mana


السلام عليكم buat semua pembaca  Blog Santai. Alhamdulillah kita bertemu lagi untuk berkongsi kisah-kisah yang berlaku dalam masyarakat kita untuk renungan bersama. Antara yang menarik perhatian kita adalah kisah runtuhan yang ada dimana-mana sekarang. Jika empat hari yang lalu, 3 mangsa telah terkorban dalam insiden runtuhan konkrit cair di stesen LRT Putra Height, semalam tingkat bawah dan tingkat bawah tanah apartment 17 tingkat yang masih dalam pembinaan di Ara Damansara pula runtuh. Alhamdulillah, tiada mangsa yang tercedera.

Runtuhan Tingkat Bawah Apartment 17 Tingkat

Jika dalam insiden yang pertama yang berlaku di stesen LRT Putra Height, kejadian dipercayai berpunca dari keberatan konkrit, punca runtuhan apartment 17 tingkat ini belum lagi dikenalpasti.

Jika dilihat dari keadaan cuaca sekarang, selain dari kecuaian manusia yang mungkin tidak mengikut spesifikasi binaan, kejadian runtuhan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana pergerakan tanah yang mungkin tidak stabil apabila berlaku hujan lebat. 

Yang pasti kita mungkin tak tau bila insiden-insiden seperti ini akan berlaku. Hanya yang mampu kita lakukan adalah berdoa supaya tiada kejadian-kejadian yang buruk menimpa kita. Bacalah doa ini setiap hari dan setiap kali keluar rumah.


Ayatul Qursi
Doa Mengelak Musibah
Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi SAW. bersabda: “Sesiapa membaca ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’ Maksudnya : "Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui", sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad no 497) 

1. Cabaran KLCC

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat