Tsunami Kecil Melanda Kelantan

Tsunami Kecil Melanda Kelantan

Tsunami Kecil Di Kelantan 


Fenomena Air Pasang dan ombak besar yang berlaku di pinggiran pantai Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu semalam telah menghasilkan Tsunami Kecil.  Ratusan rumah yang terletak dikawasan berkenaan dibanjiri air laut. Fenomena air pasang ini terjadi apabila bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi, menyebabkan daya graviti lebih kuat daripada biasa, menjana air pasang yang tinggi.

Fenomena air pasang dan ombak besar ini dikatakan bermula selepas waktu Maghrib petang semalam dan kebanyakan penduduk yang terlibat tidak sempat menyelamatkan harta benda. Menurut penduduk di Kampung Kemayan, Bachok, fenomena ini tidak pernah dilaluinya sepanjang tinggal di kampung berhampiran pantai tersebut. Selepas maghrib, muncul ombak besar bersama angin ribut, tak sempat nak selamatkan apa-apa, habis kesemuanya.

Fenomena ini dianggap luar biasa, bahkan penduduk di sini memanggilnya sebagai tsunami kecil kerana air laut naik ke darat terlalu cepat dan menenggelamkan rumah di kawasan yang berkenaan.

Kesimpulannya, tiada yang mustahil jika Allah izinkan. So doakan yang terbaik untuk rakan-rakan kita yang di landa musibah. Semoga mereka tabah dengan ujian Allah. Dan bagi mereka yang tinggal di tepi pantai, berhati-hati ya. Banyakkan berdoa semoga tiada musibah yang lebih besar berlaku.

Comments

  1. moga2 semuanya selamat dan tak ada yang kehilangan nyawa

    ReplyDelete
  2. semoga mereka tabah menghadapai ujian Allah ini

    ReplyDelete
  3. ya allah semoga sabar dan tabah bg mereka di kelantan..

    ReplyDelete
  4. Semoga banjir bah kian berubah (surut)..

    ReplyDelete
  5. semoga mereka sabar dan tabah menghadapi ujian Allah ini.

    ReplyDelete
  6. semoga mereka diberi kekuatan untuk menghadapi ujian Allah, dan keadaan pulih seperti biasa.

    donefollow#

    ReplyDelete
  7. harap mereka semuanya selamat . dok tepi pantai , tu lah risiko yg perlu ditanggung . harap mrk tabah dgn ujian itu ...

    ReplyDelete
  8. Semoga mereka semua tabah & tiadalah yg lebih memburukkan berlaku hendaknya... aamiin.

    ReplyDelete
  9. Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi situasi ini..

    ReplyDelete
  10. Semoga semuanya selamat...dan dipermudahkan..
    Aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat