Bahasa Badan Dalam Solat Jika solat adalah perbincangan kita dengan Allah, ternyata perbincangan tersebut lebih banyak dilakukan dengan bahasa badan ( body language ) daripada dengan kata-kata. Sebab rukun fi'li (gerakan) dalam solat lebih banyak daripada rukun qauli (ucapan). Daripada 13 rukun solat, hanya lima rukun sahaja yang berbentuk ucapan iaitu takbiratul Ihram, al-Fatihah, Tasyahhud akhir, selawat kepada Nabi S.A.W dan salam penutup. Selain kelima rukun ini, semua bacaan dalam solat hukumnya sunat sahaja. Kebanyakan rukun solat berbentuk perbuatan seperti berdiri, rukuk, iktidal, sujud. Dan semua gerakan ini selalu berulang dalam setiap rakaat solat yang kita lakukan. Hikmah mengapa solat lebih banyak gerakan daripada ucapan antaranya adalah agar ibadah ini boleh dilakukan oleh semua orang termasuk orang yang tidak fasih berbahasa Arab, bahkan yang bisu sekalipun. Tambahan pula, komunikasi yang dilakukan dengan seluruh anggota tubuh terbukti lebih berkesan dar...