Ada ID Baru Boleh Beli Minyak Masak

Ada ID Baru Boleh Beli Minyak Masak

Nak beli minyak masak perlu ada ID ya. Inilah langkah terbaru kerajaan untuk mengawal ketirisan minyak masak bersubsidi, yang sentiasa tak cukup di pasaran walaupun quota minyak masak yang dikeluarkan lebih daripada mencukupi. Ada baiknya langkah ini. Tak adalah isu siapa sorok minyak subsidi berlarutan. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan hanya mereka yang mempunyai pengenalan diri (ID) dan disahkan layak boleh membeli minyak masak peket bersubsidi. 

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, berkata ketetapan itu bagi memastikan subsidi itu sampai ke golongan sasaran dan tidak berlaku penjualan kepada golongan yang tidak layak termasuk warga asing. Penggunaan ID ini akan berkuatkuasa tahun depan apabila data PADU di keluarkan.

Comments

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat