Akhirnya Rumah Di Tengah Jalan Raya Roboh (7 gambar)
Masih ingat kah kita dengan pak cik Luo Baogen yang berkeras tidak mahu pindah dari rumahnya di tengah-tengah jalanraya di Zhejiang, Chin kerana tidak setuju dengan bayaran pampasan ?
Pada yang dah lupa klik sini k
Pak cik akhirnya surrender dan rumahnya diruntuhkan. Kesian !!!
Rumah yang terletak di pinggir bandar
Wenling itu mendapat perhatian selepas Luo Baogen enggan menerima pampasan yang ditawarkan kerajaan kerana
berpendapat jumlah itu tidak cukup untuk membina rumah baharunya.
Pihak berkuasa tempatan akhirnya
merobohkan rumah tersebut semalam, selepas Baogen menerima pampasan berjumlah
260,000 yuan (RM127,100).
Kediaman beliau mula
mendapat perhatian media selepas gambar bangunan tersebut yang digelar rumah
siput tersebar di internet di China.
Baogen dilaporkan telah bosan dengan perhatian yang diterima kerana menentang projek pembangunan di kawasan tersebut dan bersetuju menerima pampasan yang ditawarkan.
Done and good luck with your thesis...
ReplyDelete