Akhirnya Rumah Di Tengah Jalan Raya Roboh (7 gambar)

Masih ingat kah kita dengan pak cik Luo Baogen yang berkeras tidak mahu pindah dari rumahnya di tengah-tengah jalanraya di Zhejiang, Chin kerana tidak setuju dengan bayaran pampasan ? 

Pada yang dah lupa klik sini k
 
 AP Photo

Pak cik akhirnya surrender dan rumahnya diruntuhkan. Kesian !!!

AFP/Getty Images

Rumah yang terletak di pinggir bandar Wenling itu mendapat perhatian selepas Luo Baogen enggan menerima pampasan yang ditawarkan kerajaan kerana berpendapat jumlah itu tidak cukup untuk membina rumah baharunya.

AFP/Getty Images

Pihak berkuasa tempatan akhirnya merobohkan rumah tersebut semalam, selepas Baogen menerima pampasan berjumlah 260,000 yuan (RM127,100).

 AP Photo

Kediaman beliau mula mendapat perhatian media selepas gambar bangunan tersebut yang digelar ‘rumah siput’ tersebar di internet di China.


 AP Photo

Baogen dilaporkan telah bosan dengan perhatian yang diterima kerana menentang projek pembangunan di kawasan tersebut dan bersetuju menerima pampasan yang ditawarkan.

 AFP/Getty Images

 AFP/Getty Images
Source

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat