Kuil berusia 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis


TAPAK kuil purba yang ditemui di Tel Motza, Baitulmuqaddis kelmarin.


TEL MOTZA, Israel - Beberapa ahli arkeologi Israel mendakwa telah menemui sebuah kuil dan patung-patung kecil keagamaan berusia kira-kira 3,000 tahun dan dipercayai wujud pada zaman empayar Judah, kata pihak berkuasa antikuiti negara itu kelmarin.

 General view of the excavation site at Tel Motza were a Temple and rare cache of sacred vessels from Biblical times where found. Photo by Skyview, courtesy of the Israel Antiquities Authority/Flash90

Artifak itu ditemui di Tel Motza, di luar Baitulmuqaddis semasa kerja-kerja arkeologi dilakukan di hadapan sebuah kawasan pembinaan lebuh raya baharu di lokasi terbabit.

 Figurine of a person dated to the early monarchic period found in Tel Motza. Photo by Clara Amit, courtesy of the Israel Antiquities Authority/Flash90

"Struktur bangunan keagamaan yang ditemui amat luar biasa dan menarik," kata pengarah penggalian dalam satu kenyataan.

Salah seorang pengarah penggalian, Anna Eirikh memberitahu agensi berita AFP, penemuan tersebut membuktikan terdapat amalan keagamaan ketika zaman empayar Judah.


"Apa yang pasti semua patung kecil yang ditemui digunakan untuk tujuan keagamaan," katanya. 
Penemuan bertarikh 9 hingga 10 sebelum Masihi itu membuktikan terdapat kuil pertama dibina di kawasan Baitulmuqaddis. - AFP.

Comments

  1. Omputeh ni suka betul benda-benda sejarah nikan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu OKje..dia orang ni memang appreciate benda-benda macam ni and lagi lama lagi dia orang suka..tapi kita pun dapat menumpang sama..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat