Sultan Sulu mahu berunding, setelah ramai terkorban !!!
MANILA, Filipina - Seorang ketua suku kaum Sulu berdarah raja dan
beragama Islam yang mendakwa sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III
semalam berkata, beliau masih terbuka untuk berbincang dengan pemerintah
Filipina walaupun masih berdiri teguh dengan pendirian menolak untuk
memberi arahan supaya penyokongnya di Lahad Datu, Sabah keluar tanpa
sebarang syarat, lapor portal berita Daily Inquirer semalam.
Namun, sehingga tengah hari semalam, tiada sebarang utusan daripada
pentadbiran Presiden Filipina, Benigno Aquino III yang menghubunginya."Sebarang rundingan masih belum terlewat kerana segala-galanya masih
terbuka. Pintu rundingan masih berbuka," kata Kiram kepada para wartawan
di rumahnya di Bandar Taguig.
Aquino telah menuntut supaya sekumpulan rakyat Filipina di Sabah yang
diketuai adik Kiram, Raja Muda Agbimuddin Kiram menyerah diri tanpa
syarat. Tuntutan itu dibuat selepas keadaan di Lahad Datu, Sabah bertambah tegang.
Sementara itu, Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani dalam satu wawancara
di sebuah stesen radio berkata, mereka cuba menelefon Agbimuddin tetapi
telefonnya hanya berdering sekali.
"Kira-kira pukul 5 pagi kami cuba menelefon beliau (Agbimuddin)
tetapi tidak berjawab," kata Idjirani dalam wawancara di stesen radio dzBB semalam. Sebelum ini, Idjirani pernah berkata, raja muda itu telah berpindah ke lokasi lain untuk meneruskan perjuangan mereka.
"Jika konfrontasi ini berakhir, ia bermakna sama ada raja muda dan
pengikut-pengikutnya dibunuh atau ditangkap," ujarnya ketika itu.
Kumpulan bersenjata itu menyeludup masuk ke Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak bulan lalu.Kesultanan Islam Sulu memajak Borneo Utara (Sabah) kepada kuasa Eropah pada tahun 1870-an.
Selepas kekuasaan kesultanan itu beransur pudar ekoran kemasukan
kuasa Barat di rantau berkenaan, ia masih menerima bayaran pajakan untuk
Sabah.
Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian Persekutuan Malaysia pada 1963. Berdasarkan perjanjian pajakan tersebut, Kesultanan Sulu diberikan
pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai
semasa.
Pada 26 Februari lalu, Aquino meminta Kiram mengarahkan pengikutnya itu berundur dari bumi Malaysia secepat mungkin. Beliau memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil ke atas
Kiram jika para pengikutnya tidak keluar dari Lahad Datu. - Agensi
sepatutnyer diselesaikan dgn cara terbaik awal2 sebelum ada yg terkorban ~
ReplyDeletetapi masih x kuar² jugak..ape da jadi?
ReplyDeletehah.. sekarang baru nak runding tapi masih degil..
ReplyDeleterasa geram..marah dgn dia ni sebenarnya..
ReplyDeleteknpla nak buat kacau bilau di tempat org..