Kaedah Unik Rawat Penyakit
Pusat Mia Ali Baba guna kaedah unik rawat penyakit
Sebuah pusat pemulihan di Jalalabad mempunyai kaedah
tersendiri untuk memulihkan mereka yang mempunyai masalah ketagihan
dadah, penyakit mental dan sesetengahnya dipercayai 'dirasuk roh jahat'. Semua penghuni di pusat pemulihan Mia Ali Baba akan dikurung dalam
beberapa bilik kecil selama 40 hari dengan kaki serta tangan dirantai,
selain hanya diberi makan roti, lada hitam dan air minuman biasa.
Pusat pemulihan berusia 300 tahun yang disifatkan sebagai 'tidak
berperikemanusiaan' itu menjadi pilihan kebanyakan keluarga di negara
ini untuk memulihkan insan tersayang daripada masalah psikologi ekoran
dibelenggu kemiskinan. Masalah itu ditambah pula dengan kekurangan infrastruktur yang disediakan untuk rawatan dan pemulihan. Kerajaan Afghanistan menganggarkan kira-kira 60 peratus penduduk di negara ini mengalami masalah psikologi.
Mohammed Sadeq, 40, seorang daripada penghuni pusat pemulihan
tersebut berkata, dia dimasukkan ke situ kerana mempunyai emosi yang
tidak stabil. "Kanak-kanak di kampung saya memanggil saya sebagai 'orang gila' dan membaling batu ke arah saya," katanya.
Kesemua penghuni pusat pemulihan itu tidak dibenarkan bercakap antara satu sama lain dan hanya dibenarkan keluar daripada kurungan untuk ke tandas atau menunaikan solat, sehingga tahap kesihatan mereka diperakui warden yang bertugas. Keadaan daif di pusat pemulihan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak, namun seorang daripada penjaganya menyatakan bahawa kebanyakan penghuni berjaya dipulihkan dalam tempoh yang ditetapkan. - AGENSI
Assalamualaikum...salam ziarah!!
ReplyDeletenice article...harap tak dibuat di malaysia ;)
Xde ke maklumat dari orang yg di pulihkan. Barulah tahu keberkesanan kaedah rawatan ini.
ReplyDelete