Breaking News

Tuesday, June 4, 2013

Kereta Api Terapung

Kereta api terapung di atas landasan



SEJUMLAH orang menyaksikan sebuah kereta api yang terapung di atas landasan di Tsuru, wilayah Yamanashi, kira-kira 100 kilometer dari barat Tokyo semalam.- AFP


Orang ramai berpeluang melihat prototaip kereta api laju yang bergerak secara terapung di atas landasan di sini, lapor akhbar The Asahi Shimbun semalam.

Syarikat Central Japan Railway Company menyatakan, kereta api itu menghasilkan medan magnet yang menyebabkan kenderaan tersebut bergerak dalam keadaan terapung di atas landasan. Kereta api itu dijangka beroperasi untuk perjalanan antara bandar raya Tokyo dan Nagoya pada tahun 2027.

Kenderaan futuristik itu akan menggantikan keseluruhan perkhidmatan kereta api laju Shinkansen yang menghubungkan Tokyo dengan Osaka melalui wilayah Nagano dan Nagoya. Kereta api Shinkansen mengambil masa selama dua jam dan 30 minit untuk perjalanan dari Tokyo ke Osaka.

Bagaimanapun, kereta api magnetik itu hanya bergerak dalam masa satu jam tujuh minit untuk jarak perjalanan yang sama. Kereta api tersebut direka untuk bergerak selaju 500 kilometer sejam. - Agensi

6 comments:

  1. Pakai teori superkonduktor ke. Jepun memang tegar semangat KAIZEN

    ReplyDelete
  2. Sungguh Canggih teknologi negara Jepun

    ReplyDelete
  3. Memang menarik KA..

    Betul tu Fairul..

    Memang dahsyat hanif..dia orang ni super kreatif..

    Betul tu dr Tubagus..canggih sangat teknology dia orang ..melampaui zaman

    ReplyDelete

Designed By