Kereta Api Terapung
Kereta api terapung di atas landasan
Orang ramai berpeluang melihat prototaip kereta api
laju yang bergerak secara terapung di atas landasan di sini, lapor
akhbar The Asahi Shimbun semalam.
Syarikat Central Japan Railway Company menyatakan, kereta api itu
menghasilkan medan magnet yang menyebabkan kenderaan tersebut bergerak
dalam keadaan terapung di atas landasan. Kereta api itu dijangka beroperasi untuk perjalanan antara bandar raya Tokyo dan Nagoya pada tahun 2027.
Kenderaan futuristik itu akan menggantikan keseluruhan perkhidmatan
kereta api laju Shinkansen yang menghubungkan Tokyo dengan Osaka melalui
wilayah Nagano dan Nagoya. Kereta api Shinkansen mengambil masa selama dua jam dan 30 minit untuk perjalanan dari Tokyo ke Osaka.
Bagaimanapun, kereta api magnetik itu hanya bergerak dalam masa satu jam tujuh minit untuk jarak perjalanan yang sama. Kereta api tersebut direka untuk bergerak selaju 500 kilometer sejam. - Agensi
menarik sungguh yer
ReplyDeletePakai teori superkonduktor ke. Jepun memang tegar semangat KAIZEN
ReplyDeleteDahsyat2....
ReplyDeleteSungguh Canggih teknologi negara Jepun
ReplyDeleteMemang menarik KA..
ReplyDeleteBetul tu Fairul..
Memang dahsyat hanif..dia orang ni super kreatif..
Betul tu dr Tubagus..canggih sangat teknology dia orang ..melampaui zaman
kereta yang sangat keren
ReplyDelete