Subuh Berdarah, 51 maut diserang ketika solat
Mayat Yang Terkorban
Rakyat Mesir menyambut ketibaan Ramadan dengan tragedi berdarah
selepas 51 terbunuh ditembak askar ketika melakukan protes aman
penyokong Muhamed Morsi. Mereka ditembak ketika solat subuh dekat tempat
Morsi ditahan pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, semua mangsa ditembak sejurus bangun dari rukuk pada rakaat kedua ketika menunaikan solat berhadapan bangunan Pengawal Republik tidak jauh dari Dataran Raba’ah Al Adawiyah, Madinat Nasr, di sini. Saksi kejadian berkata serangan tentera Mesir berlaku secara mengejut menyebabkan ramai tidak sempat menyelamatkan diri.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi, semua mangsa ditembak sejurus bangun dari rukuk pada rakaat kedua ketika menunaikan solat berhadapan bangunan Pengawal Republik tidak jauh dari Dataran Raba’ah Al Adawiyah, Madinat Nasr, di sini. Saksi kejadian berkata serangan tentera Mesir berlaku secara mengejut menyebabkan ramai tidak sempat menyelamatkan diri.

Sejadah digunakan menutup mayat
Pihak tentera terlebih dahulu melepaskan berpuluh tembakan gas pemedih mata sebelum menghujani tembakan peluru hidup ke arah orang ramai. Kepala salah seorang pemuda yang mati berlumuran darah selepas dahinya ditembusi peluru hingga mengeluarkan otak.
Jeritan mangsa dan bunyi tembakan rifel serta senapang patah kedengaran di mana-mana. Serangan itu turut mengakibatkan ratusan mangsa cedera ditembak di kaki dan perut. Sebaik serangan berhenti, mangsa yang bergelimpangan maut dan dan cedera segera diusung ke Masjid Rabiatul Adawiyah.

Masih memegang al-quran
Mayat ditemui sujud
Ada mayat penunjuk perasaan ditemui mati dalam keadaan bersujud malah serangan ini turut mensasarkan kanak-kanak tidak berdosa. Penunjuk perasaan yang terselamat dan menyorok di Masjid Mustafa tidak jauh dari bangunan Pengawal Republik turut ditahan tentera.
Pembunuhan beramai-ramai ini adalah tragedi terburuk sejak Morsi digulingkan tentera Khamis lalu. Jenazah mangsa yang terkorban disembahyangkan selepas solat zuhur di Masjid Rabiatul Adawiyah manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital berhampiran.
p/s: semoga ALLAH melindungi rakyat Mesir yang terinaya
2. Hanya Untuk Wanita
3. Tawaran Hebat 2013
4. Siapa Cepat Dia Dapat
5. Exclusive Offer: Hanya RM25.00
6. Jangan Lepaskan Peluang Ni
7. Rugi Tak Cuba
Extract From: Berita Online
Kenapa mereka ni ....asyik bergaduh dan tak puas hati!Cukup cukuplah tu.....Bantahlah secara aman
ReplyDeleteDugaan untuk mereka Okje..bantah secara amanpun masih ditembak..
DeleteSedihnya...Semoga mereka gugur syahid...Innalillah.
ReplyDeleteKami tetap menyokong pada kebenaran, Semoga Morsi dan penyokongnya terus kuat, kami menyokongmu...Allahuakbar!
Hanya mampu berdoa untuk mereka BM..
Deletesedih sgt.. rasa bergenang air mata bila tgk di tv malam tadi.. !
ReplyDeleteBetul tu KA..besarnya dugaan ALLAH untuk mereka kan..
DeleteAllah Maha Besar tempatkanlah mereka pada hati2 org yang beriman.alfatihah
ReplyDeleteMoga Allah pelihara mereka dari penginayaan yang berterusan..
Deleteganjaran mati syahid sangat tinggi dan bernilai disisiNya :)
ReplyDeleteBetul tu Fae..semoga mereka ditempatkan bersama-sama pejuang yang mati syahid
Deletekesian kt drg , sesama muslim berbunuhan
ReplyDeletekan cahaya...mesti golongan anti islam bergembira sakan...
Deletemmg sedih...umat islam diperlakukan sedemikian rupa..semoga Allah melindungi umat2 Islam yang teraniaya di sana..
ReplyDelete