Breaking News

Sunday, July 21, 2013

Buang Ribuan Surat Dalam Gaung

Seorang kakitangan Pos Malaysia memeriksa surat-surat yang dilambak oleh posmen di Ukay Heights, Ampang, Selangor.

Kisah Posmen yang tidak amanah, sudah banyak kali kita baca kan. Ada yang di penjara pun apabila menanam hampir 29,000 surat di taman rumahnya. Itu kisah kat Britain. Kat Malaysia pun ada. Kalau masih ingat cerita seorang posmen yang buang ratusan surat ke sebuah sungai di Bentong Pahang kerana tidak suka dengan pekerjaan tersebut.

Dan yang terbaru, perkara yang sama berulang apabila ribuan surat yang tidak dihantar, di buang ke dalam gaung berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang. Pemeriksaan secara kasar menunjukkan beberapa surat telah berada di situ sejak beberapa tahun lalu dan lupus akibat hujan.

Surat-surat itu sepatutnya dihantar ke Ampang Jaya, Ukay Heights dan kawasan-kawasan perumahan di sekitarnya. Antara dokumen yang dijumpai termasuk cek, bil, penyata bank dan surat maklum balas.

p/s: Apasal dia orang  ni buat hal..kalau malas nak hantar, carilah kerja lain kan...kan menyusahkan orang lain tu..hmmm

1. "Rahsia" Blog
2. "Rahsia" KLIA 
3. "Rugi" Tak Cuba    
4. Hanya Untuk Wanita 
5. Tawaran Hebat 2013 
6. Siapa Cepat Dia Dapat 
7. Jangan Lepaskan Peluang Ni      

Extract From: Star Online

34 comments:

  1. ha..betul la ada satu tahun perkara mcm ni pon jdik gak kan

    ReplyDelete
  2. punya lah ramai org cari keje , saje jer posmen ni tempah nak kena buang keje ...

    ReplyDelete
  3. x ikhlas bekerja...berhenti je la klu x suka ngan keje tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu noe..kalau rasa susah dan tak suka dengan apa-apa pekerjaan yang kita lakukan..kita ada pilihan sebenarnya..

      Delete
  4. ohoh! bahaya jugak kalau posmen cm ni... amanah lah dlm stiap keje y kita buat..hurm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's why Aisya..apa-apa pekerjaan pun kena amanah kan..

      Delete
  5. Pekerjaan ini perlukan amanah...
    kenapalah boleh jadi macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah BM..Pos Malaysia kena buat post mortem ni..

      Delete
  6. apa punya manusia la...susahkan org je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Wan..Mungkin ada dokumen penting yang menentukan nasib orang lain kat dalam gaung tu..

      Delete
  7. Betullah posmen ni.... Gaji mau kerja mengelat!

    ReplyDelete
  8. Wahai saudara & saudari yg mengomen.. cubalah anda wat keja posmen cuma 1hari jer.. brulah anda tahu apa puncunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap pekerjaan ada susah dan senang. kalau ada masalah kena selesaikan dengan cara yang betul. Yang pasti bukan dengan cara ni kan..

      Delete
  9. teruknya... kesian org yg menanti dokumen atau surat2 penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah ieta..susah jugak kalau jadi macam nikan..

      Delete
  10. Ada juga encik / puan / cik yg pengecut mengomen guna nama Anonymous kat dlm blog cik @Raudzah Z ni ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bagi pendapat tapi takut kot ieta..

      Delete
  11. tak suka baik bhti keje sb ada lsgi ramai org sedang sakit jiwa cari keje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan suri..dia orang ada pilihan sebenarnya..

      Delete
  12. mgkn dia dah bosan kot,hari2 kne antar surat,banyak pulak tu..last2 campak lam hutan setel..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin jugak mama3..tak yah susah-susah kan..setel aje..he..he

      Delete
  13. bila kerja x amanah nak makan gaji buta je, beginilah jadinyer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat camne KA..dalam dunia ni ada macam-macam jenis manusia..

      Delete
  14. teruk la posmen ni.. mesti ramai org dpt akibat dari tiada sifat amanah pada posmen tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan nurul..dah bertahun surat tu kat situ..hmmm

      Delete
  15. posmen macam2 kerja,jual barang minyak wangi la ,kopi la, overtime kena cut,pengurusan semuanya pengampu orang kaya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. La camtu ke? mesti banyak side income ni..so elok rasanya berhenti kerja and buat business..lagi senang kan..

      Delete
    2. awak kerja posmen la, kalau rasa income masuk.bercakap senang masuk posmen dulu baru tahu.jual barang kene paksa,kena paksa beli ,kalau tak jual dan beli bonus takda,

      Delete
  16. awak kerja posmen la, kalau rasa income masuk.bercakap senang masuk posmen dulu baru tahu.jual barang kene paksa,kena paksa beli ,kalau tak jual dan beli bonus takda

    ReplyDelete

Designed By