Breaking News

Wednesday, July 10, 2013

Di Belasah Kerana Tak Sahur

 http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s480x480/544912_298044793637453_1263982779_n.png
Amukan Sahur


Seorang wanita berusia awal 20-an, cedera di kepala dan badan, apabila kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit, kerana tdak mengejutkan suaminya bangun bersahur.

Mengikut laporan polis, amukan si suami bermula apabila beliau memecahkan pinggan di dapur rumahnya kerana berang isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur. Bagaimanapun menurut mangsa , dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.

Si suami yang tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu. Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan.

Suspek kemudian dengan selamba meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan, sebelum beliau menghubungi rakannya untuk meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.

12 comments:

  1. aigooo selamba lak tu dia tinggalkan wife dia. sebijik set*n perangai dia.

    ReplyDelete
  2. astaga..ni kepala angin ke apa nie..sabo jer lar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengamuk tak sahur macam budak kecil..kan cik tim

      Delete
  3. Lorrr.. Apalah mkna puasa kalau x reti sabar.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Maria..tak mnyabar lansung..itu baru test sikit..

      Delete
  4. aduhai sampai mcm ni sekali.. sah2 laki panas baran ni !

    ReplyDelete
  5. Tiada ertinya berpuasa, hanya sekadar lapar dan dahaga lah kalau begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BM..kalau dah macam ni..memang alamat zerolah puasa dia..

      Delete
  6. kehkehkeh...patutnya kalau ikhlas nak puasa kena jaga la kemarahan tu...kalau setakat tak kejut bangun sahur, takkan nak belasah org pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Timi..baru tak sahur dah jadi gangster..

      Delete

Designed By