Hampir Bunuh Ibu Sendiri

on Saturday, July 13, 2013


Foto 
RAFIDAH dakwa mencuba najis dadah kerana hidup kesunyian.


“Saya ada terdetik untuk membunuh ibu saya. Malah kerana marah apabila dikejutkan dari tidur, saya membaling kipas meja ke arah ibu, menyebabkan dia menerima tujuh jahitan di leher,” kata remaja perempuan yang menagih syabu dan mahu dikenali sebagai Rafidah, 18.

Dia mengambil dadah sejak berusia 13 tahun. Akibat ketagihan syabu dia lebih cepat marah, sensitif dan adakalanya banyak bercakap, termasuk perkara yang mengarut dan langsung tiada kaitan dengan kehidupannya sebagai pelajar.

Lebih malang lagi, akibat pergaulan bebas bersama rakan-rakan lain, dia terlanjur melakukan hubungan seks dengan teman lelaki dan mengandung anak luar nikah ketika rakan seusia lain tekun belajar untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, mungkin juga akibat kesan syabu yang sudah merosakkan saraf otaknya, Rafidah langsung tidak berasa sayang atau bercita-cita untuk memelihara anaknya.

p/s: Sebenarnya kes macam ni bukan kes terpencil. Ianya berlaku hampir setiap hari di sekeliling kita..No wonder banyak kes-kes pembunuhan yang melibatkan ibu bapa sendiri berlaku kan..harap-harap mereka yang terlibat semuanya dapat kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.

Ranking: 5

6 comments:

  1. Tu lah dik...susah nak kata banyak-banyak....nak salahkan satu pihak mungkin tidak...kita remaja nie sepatutnya berfikir..mana yang baik dan mana yang buruknya...Allah memberikan akal untuk kita berfikir...hanya kita memilih jalan mana yang harus kita lalui :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu cik akak..yang penting diri sendirikan..

      Delete
  2. Replies
    1. Betul tu suri...guidance dia orang penting..

      Delete
  3. kalau dah ada benda asing yg masuk dalam badan kita ni gitulah akibatnya.... Ya allah jaukan benda2 mcm ni mendekati anak cucu cicit kitakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Okje..benda asing ni nselalunya tak ngam dengan badan kita..so jadilah macam-macam..

      Delete

Langgan artikel Percuma via feed Follow @https://twitter.com/bspj88 di twitter Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
 
© Blog Santai All Rights Reserved