Kelebihan Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Salam Dua Ramadhan,

Malaikat berseru : Hai Tuhanku! Segerakanlah gantikan harta orang yang bersedekah dan segerakanlah bala bagi orang yang enggan ( bakhil ) bersedekah hartanya . 

 http://catatancintaabi.files.wordpress.com/2012/03/sedekah_1.jpg
 Semakin bersedekah semakin kaya

Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan 

Pengajaran Hadis:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
  
Kata ulama : Sedekah itu mempunyai 10 ganjaran, lima di dunia dan lima di akhirat .

Lima di dunia:

1. Mencucikan hartanya
2. Mencucikan badannya
3. Menolak bala dan penyakit
4. Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal . 
5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya . 

Lima di akhirat:

1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas 
2. Ringan hisabnya 
3. Berat timbangannya (amalan) di akhirat 
4. Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim 

Comments

  1. memang betul tu...bersedekah dengan hati yang ikhlas..barulah mendapat berkat...

    ReplyDelete
  2. singgah & isi tabung utk tuan rumah..salam kenal..

    ReplyDelete
  3. di bulan yg mulia ini mari la kita perbanyakkan amalan bersedekah...

    ReplyDelete
  4. Saya pun nak besedekahlah...Saya klik iklan tu ye :)

    ReplyDelete
  5. murahnya bersedekah murahnya pahala..

    ReplyDelete
  6. and orang yang menerima sedekah tu jangan lupa budi jugak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Fae...yang memberi lebih baik dari yang menerima kan..

      Delete
  7. yup betul tu setuju sgt !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat