Breaking News

Monday, July 22, 2013

Maut Jatuh dari Roller Coaster

 Foto
TEXAS Giant, roller coaster paling tinggi di dunia. 
Ia boleh membawa sehingga 24 penumpang.

Last entry kita ada berkongsi mengenai saat cemas apabila seorang budak kecil hampir terjatuh dari solero slot di Genting Highland. Dalam kes ni, beliau bernasib baik kerana terselamat walaupun hampir terjatuh. Tapi dalam satu lagi kes, seorang wanita tidak bernasib baik apabila terbunuh kerana terjatuh dari Giant Roller Coaster di Taman Hiburan Six Flags di Texas Utara.
Solero Shot

Texas Giant dibina setinggi bangunan 14 tingkat dan mempunyai rel menurun 79 darjah selain laluan berpusing 95 darjah. Ia dianggap binaan besi seumpamanya yang tertinggi di dunia. 

Menurut saksi, mula-mula roller coaster itu naik dan apabila turun, Palang Keselamatan terbuka dan wanita terbabit terjatuh. Kejadian yang berlaku pada petang Jumaat menyebabkan sebahagian daripada taman hiburan itu ditutup sementara.

p/s: Suspen pulak bila ada kes-kes macam nikan. Boleh bayangkan kalau terjatuh..hmm

Extract From: Metro Online

12 comments:

  1. Sementara di tutup pastu org tka serik buka balik...sabarlah..

    ReplyDelete
  2. rasanya permainan mcm ni ptt di haramkan..mmg bahaya..
    teringat m3h dlu2 mase remaja g genting mmg suka naik roller coaster ni..sekarang tobat tak nak naik dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita suka jugak dengan roller coaster ni walaupun gayat mama3..sekarang ni seriau dah nak naik..

      Delete
  3. Replies
    1. Tul tu KA..ngeri kan..boleh bayangkan terjatu dari atas tu..hu..huu

      Delete
  4. serammm..masa baru dibuka Cockscrew roller coaster kt Genting tu Nurul ade try, then after few yrs gi lagi, try lg utk kali ke2.. percobaan yang ke3 selepas itu adalah yg terakhir.. takmo naik lagi.. sangat berbeza dari try yg 1, 2 dan ke3.. terasa sgt palang yg menghalang kita tu dah trsangat longgar dan macam2 bunyi kriuk-kriuk kedengaran.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really nurul..so scary kan..kita tak pernah naik yang genting punya..tapi kat tempat lain ada..sekarang ni dah tak mungkin nak naik lagi kot..serammm

      Delete
  5. Kan dah ada kes kematian di Sunway Lagoon sehinggakan di tutup permainan ini sekian lama. Risiko tetap ada, tidak kiralah permainan apa sekali pun.

    ReplyDelete
  6. Yalah BM..How come I dah lupa kes tu..memang havoc that case dulu...nway memang ada bahayanya kan..tapi this one pihak Managment mesti letak priority on maintenance. Bahaya kalau tak diselengaarakan dengan baik..

    ReplyDelete
  7. hal camni mmg maintenance penting...hehe kalau tak, tak pasal2 nyawa org melayang....

    ReplyDelete
  8. Kita kalau gi Genting pun takut nak naik Raudzah...seram hehe...duk bawah je le tunggu mereka main

    ReplyDelete

Designed By