Breaking News

Friday, July 12, 2013

Mengembara Dengan Mayat

 http://www.echinacities.com/upload/editor/weirdnews3-(49).jpg
Kereta Pan yang ditemui di lapangan terbang Fuzhou Chengle

Setelah bersama selama 6 tahun, seorang lelaki berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Pan, dari Guangdong China telah membuat keputusan untuk membunuh bekas teman wanitanya setelah mereka berpisah akibat tentangan dari keluarga masing-masing.

Beberapa jam selepas pembunuhan, Pan benar-benar kesal kerana dia sedar yang beliau benar-benar menyayangi bekas kekasinya. Untuk menebus kesalahannya, beliau telah membuat keputusan untuk pergi bercuti bersama-sama kekasihnya, seperti yang mereka idamkan sebelum tu dengan harapan bekas kekasihnya akan gembira dan dapat pergi dengan tenang. Beliau kemudiannya memandu keretanya bersama-sama mayat kekasihnya keseluruh bandar-bandar yang menjadi impian mereka di China termasuk Xiamen dan Fuzhou.

Destinasi impian mereka seterusnya ialah Shanghai dan Sanya. Menyedari bahawa beliau tidak mungkin akan melepasi pihak keselamatan, Pan terpaksa meninggalkan kekasihnya di tempat letak kereta, di Lapangan Terbang, Fuzhou Chengle. Sebaliknya beliau telah mengambil telefon bimbit bekas kekasihnya untuk meneruskan perjalanan bersama-samanya.

9 comments:

  1. Laaa... bawak telefon bimbit je? Pastu mayat tinggal? Ish3... susah betul kawal dah terlalu taksub dengan cinta ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah amirul..penangan cinta tu, tak boleh berfikir secara rational..

      Delete
  2. la macam2 hal lah kat dunia ni, dah bunuh baru rasa menyesal !

    ReplyDelete
  3. cinta tanpa agama camni la..
    semuanya jenis buat dulu, fikir kemudian..

    ReplyDelete
  4. ekh? ahhahaxD macm dia je bercutii kalau cm tu..adoyai!

    ReplyDelete
  5. dah jadi mayat baru dapat jalan2...malangnye lah...

    ReplyDelete
  6. macam-macam betul..sudah dibunuh baru rasa menyesal..kesian mangsa tu

    ReplyDelete
  7. Syukur kita masih ada pegangan agama dan akal yg waraskan Raudzah

    ReplyDelete

Designed By