Breaking News

Saturday, July 20, 2013

Di Tinggal Dalam Kereta, Budak 3 tahun Mati Lemas

 
AL IRIS menemui ajal selepas lemas dalam kereta ibunya di Subang Jaya pada hari Khamis.


Ujian ALLAH datang dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang ada perkara yang berlaku sememangnya tidak dapat diterima akal manusia biasa. Dan kita akan berkata. "Cuainya Dia". Tapi itulah yang di katakan takdir dan penyebab terjadinya sesuatu.

Inilah yang berlaku kepada seorang ibu kepada anak bongsu daripada dua beradik, Nawal Iris Samsudin, 3, yang mati akibat lemas selepas ditinggalkan selama enam jam di dalam kereta Perodua Myvi miliknya bermula pukul 11.30 pagi hari Khamis. Mayat kanak-kanak malang tersebut hanya ditemui oleh ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, selepas selesai mengajar sesi petang di sebuah sekolah menengah di USJ4, pada pukul 5.30 petang.

Ketika ditemui, muka Nawal kebiruan, bibirnya pucat serta ada kesan muntah dan najis kanak-kanak itu di dalam kereta berkenaan akibat ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Myvi  yang diletakkan di bawah panas terik. Kesemua tingkap kereta ditutup dan enjin dimatikan. Doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia kerana "heat stroke".   

p/s: Difahamkan, Ibu kanak-kanak itu "terlupa" mengenai anak bongsunya yang berada di tempat duduk belakang, yang sepatutnya dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak sebelum dia ke sekolah. Mungkin ada yang akan berkata "Camna boleh terlupa @ tak perasan". Tapi itulah yang terjadi dan ini yang dinamakan takdir. Semoga beliau tabah dengan ujian ALLAH.

1. "Rahsia" Blog
2. "Rahsia" KLIA 
3. "Rugi" Tak Cuba    
4. Hanya Untuk Wanita 
5. Tawaran Hebat 2013 
6. Siapa Cepat Dia Dapat 
7. Jangan Lepaskan Peluang Ni      


Extract From: Kosmo Online

18 comments:

  1. tak perasan..tak tahu nak kata apa..?

    ReplyDelete
  2. Kita boleh berwaspada tapi kalau itu yg ditakdirkan...apa nak dikata. Moga ibunya tabah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Liza..kalau dah itu takdirnya kan..

      Delete
  3. maybe arwah nak bergurau je (nak surprisekan mak dia something like that) huhu Al Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Fae..Ibunya yang tinggalkan dalam kereta..and terlupa..

      Delete
  4. Tak tau nak cakap apa,tapi itu la kuasa allah,,al fatihah,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Razil..Kuasa ALLAH..mana mungkin dia sengaja terlupa

      Delete
  5. Replies
    1. Exactly Nor..ujian ALLAH pada yang terpilih..

      Delete
  6. Yelah dah takdir... Tp ibu dia mesti menyesal tak sudah tu!

    ReplyDelete
  7. Innalillah ...sememangnyer Allah Dah takdirkan adik ni diambil kembali untuk kembali kesisiNya lalu didtgkan ujian sebegini pd ibunya....apa2 pun redhalah wahai ibu Ada hikmah yg Allah janjikan untuk mu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly..ujian ALLAH untuk mereka sekeluarga..

      Delete
  8. Alahai..kesiannya tgk bdk tu..benda dah nak jd..xleh nk kata apa..walau mmg nampak salah mak dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kesian mama3..boleh bayangkan betapa panas kat dalam kereta tu 6 jam..hmmm

      Delete
  9. kesiannya..si ibu mesti trauma dengan kejadian ini..

    ReplyDelete

Designed By