Popia Simpul Rangup

on Monday, July 8, 2013

Hari ni kita nak share, one of my favorite tidbits, Popia Simpul. Selalunya kita tak pernah miss beli kuih ni untuk Hari Raya. Kalau hari biasa susah sikit nak dapat yang best. Cuma satu aje problem kita nak cari kuih ni yang betul-betul sedap dan rangup. But this time, I managed to get a very fresh and crunchy popia simpul. So apalagi puaslah makan. Dah habis pun, belum sempat puasa. So untuk hari  raya dah order lain. Inilah dia kuih Popia Simpul tu...sebelum di makan ya..

RM11.00 satu balang

Apa yang kita notice, kuih popia simpul yang kita baru beli ni sangat rangup. Inti dia pun sedap sangat. Very fresh. Serunding ikan kat dalam tu memang sedap. Terasa rempah dan ikan dia yang segar. According to si penjual, dia orang memang baru buat serunding tu and guna ikan yang masih segar. So that's why serunding dia tak berbau and fresh. Kita beli serunding sekali ya. Then tu kita perasan juga, popia ni tak berminyak. Berbeza dari yang kita beli sebelum-sebelum ni. Nak makan siap kena guna tissue lagi untuk buang minyak.

Rangup & Tak Berminyak

So pada sapa-sapa yang berminat untuk dapatkan popia simpul ni, boleh call fairuz (0166760486) ya. Dia memang ambil tempahan untuk hari raya. Kalau nak beli untuk makan biasa pun boleh ok.

1. "Rahsia" KLIA
2. Hanya Untuk Wanita
3. Tawaran Hebat 2013
4. Siapa Cepat Dia Dapat
5. Exclusive Offer: Hanya RM25.00   

6. Jangan Lepaskan Peluang Ni      
7. Rugi Tak Cuba   
Ranking: 5

14 comments:

  1. hehehe antara feveret KA waktu raya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalh kita KA...kalau makan non stop...sedar-sedar dah habis aje..

      Delete
  2. my least fav tapi kalo makan during santai time, okay gak :)

    ReplyDelete
  3. cik akak biasa buat yang gelung je dik..yang cam nie...suasah sikit nak buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really.mesti best cik akak buat ni..actually kita suka makan dua-dua. cuma yang ni comel sikit..he..he

      Delete
  4. Eehhh.. ni favourite sy jugak! hehe. lg satu sy suka bentuk dia yang mcm karipap kecik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng lah kita amirul coz karipap kecil tu pun kita suka..tapi mesti serunding ikan kat dalam..yang lain kureng sikit...

      Delete
  5. yg ni mmg peberet akak,bila balik Trg,slalu borong banyak2 kat pasar payang...selain makan pd hariraya,buat gonyer-gonyer masa tgk TV...sedar2 tinggal bekas je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best penagna popia pusing ni kan kak tie

      Delete
  6. My hubby dan anak2 mmg suka Raudzah...dulu masa oKje kerja selalu beli kalau nak raya, dengan pakcik driver office tu...tp la ni dah tak kerja ..... malaslah nak mintak2 duit ngan hubby...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian dia..tapi kita memang suka makan popia i okje..

      Delete
  7. sesetengah org jual....mmg byk minyak...baru2 ni ada makan...anak buah buat....sedap jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah noe..bila ada minyak kita cepat muak..terasa minyak dia..

      Delete

Langgan artikel Percuma via feed Follow @https://twitter.com/bspj88 di twitter Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free! Ping your blog, website, or RSS feed for Free
 
© Blog Santai All Rights Reserved