SubhanAllah, Dia Pergi Dalam Keadaan Sujud

Siak meninggal dalam keadaan bersujud 
Jemaah surau sedang melihat keadaan jasad Roslan yang masih bersujud ketika meninggal.
 

Setiap manusia yang hidup pasti inginkan keadaan yang terbaik ketika di panggil mengadap ALLAH. Jika beberapa minggu ini kita disajikan dengan kematian ngeri yang melibatkan senjata api, Alhamdulillah, hari ni kita ada berita kematian yang lebih baik untuk dikongsi semoga ianya menjadi panduan buat kita semua.

Inilah rezeki/bahagian yang diterima oleh salah seorang ahli jawatankuasa yang juga siak Surau Al Mujahiddin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi yang meninggal dunia dalam keadaan bersujud di surau berkenaan.

Hamba ALLAH yang dikenali sebagai Roslan, menghembuskan nafasnya ytang terakhir ketika sujud solat sunat Zohor, pada petang Khamis. Umumnya, umat Islam menganggap kematian dalam keadaan bersujud adalah satu kelebihan yang diberikan ALLAH SWT kepada hamba-Nya yang beriman, tambahan pula ia berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keampunan. 

p/s: Alfatihah untuk arwah, semoga rohnya ditempatkan bersama orang yang beriman.

Comments

  1. Al-Fatihah.. hurm.. mudahnya dia meninggal kan.. tak tempuh detik-detik sengsara pun...

    ReplyDelete
  2. al-fatihah..semoga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

    ReplyDelete
  3. alfatihah.. bahagian dier !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KA..Doa yang terbaik untuk kita semua..

      Delete
  4. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman ...

    ReplyDelete
  5. SubhanAllah, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan bersama-sama dengan orang yang beriman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan izin NYA DH..Doa yang terbaik juga untuk kita semua..

      Delete
  6. Innalillah...semoga ianya benar dan rohnya di cucuri rahmat!

    ReplyDelete
  7. al-fatihah untuk beliau.. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh..

    ReplyDelete
  8. Subhanallah.. semuanya waktu yg baik.. di bln Ramadhan, dlm mesjid, waktu solat... Semoga beliau ditepatkan dikalangan org2 beriman, para syuhada juga para wali & rasul.. Al Fatihah... amin.

    ReplyDelete
  9. Al fatihah.SUBAHANALLAH..BERUNTUNGNYE MENINGGAL DALAM KEDAAN SUJUD DI DALAM MASJID..kita ni tak tau la cmne nanti kan.,

    ReplyDelete
  10. Untungnya arwah.... moga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman Insyaallah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat