5 Gambar: Taufan Usagi Melanda Asia


Orang Ramai Mengambil Kesempatan Merekodkan "Moment" Taufan Usagi Di China

Taufan Usagi Melanda Asia

Taufan Usagi yang merupakan taufan terkuat tahun ini membadai wilayah Guangdong, China malam tadi, mengakibatkan 25 terkorban, sekali gus menjadikan angka korban akibat bencana itu di beberapa buah negara Asia kepada 33 orang setakat ini.

Menyelamatkan Diri Dari Taufan Usagi Di China
 
Taufan Usagi Menghampiri Pantai Di China

Usagi membawa angin pada kelajuan 175 kilometer sejam dan sekurang-kurangnya 13 kematian itu berlaku di bandar Shanwei apabila angin kencang menerbangkan kereta dan kediaman penduduk. Bencana itu mengakibatkan beratus-ratus penerbangan terpaksa dibatalkan, sementara pelabuhan serta laluan kereta api turut ditutup sebelum Usagi berubah lemah menjadi ribut tropika.

 
Taufan Usagi Menghampiri Pantai Di Philipines
 
Taufan Usagi Melanda Pantai Di Hong kong

Pada hari Ahad, taufan itu membawa angin kencang ketika melalui Taiwan dan Filipina. Menurut pihak berkuasa Filipina, sebanyak lapan orang terbunuh akibat lemas dan kejadian tanah runtuh di negara itu, manakala Taiwan merekodkan sebanyak sembilan kecederaan akibat ditimpa pokok.

Comments

  1. Astagfirullah.. mmg x dpt bayangkan mcm mana klu kita ada dlm situasi mcm tu...

    ReplyDelete
  2. syukur malaysia tak de taufan sedahsyat tu...

    ReplyDelete
  3. tapi diorang masih lagi disitu..tak takut ker...

    ReplyDelete
  4. Tengok kat berita, memang dasyat taufan ni. Mujurlah negara kita jauh dari bencana sebegini, Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  5. salam..kuasa pencpita tiada sapa boleh melawan

    ReplyDelete
  6. boleh pula mereka sempat ambil gambar..

    ReplyDelete
  7. bolehlah tunggu kat situ.. KALau KA awal2 lagi dah angkat kaki

    ReplyDelete
  8. kuat sungguh diaorg..masih duk tengok je lagi...hukum alam...tiada siapa dapat melawannya..

    ReplyDelete
  9. Selamba je org tu.....excited punya pasal

    ReplyDelete
  10. Memang dahsyat. Sempat lagi mereka merakam ya. tak takut ke.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat