US Akan Terima Padah, Jika Serang Syria



US dan Agenda Serangan

Dunia masih menunggu tindakan Amerika Syarikat ke atas Syria. Walaupun US telah bertekad untuk melakukan serangan selama tiga hari terhadap lebih 50 sasaran di Syria, mereka menerima pelbagai bantahan dari masyarakat tempatan dan antarabangsa. 

Bantahan Untuk Obama

Di US sendiri, Presiden Barack Obama berhadapan dengan pelbagai bantahan. Ramai ahli perundangan termasuk dalam kalangan Demokrat, membantah serangan dilakukan. Orang awam Amerika juga tidak yakin dengan hujah Obama bahawa tindakan diperlukan untuk menghalang penggunaan senjata kimia pada masa akan datang. Kongress juga masih ragu-ragu dengan keputusan tersebut.

Pendirian EU

Sebagai antara sekutu terbesar US, EU juga turut mengecam serangan senjata kimia namun tidak menunjukkan sokongan kepada apa bentuk tindakan. Namun EU menggesa AS melewatkan sebarang tindakan ketenteraan sehingga penyiasat PBB membuat laporan. Rakyat Eropah juga masih berbelah bagi sama ada tindakan ketenteraan jalan berkesan. Parlimen Britain mengundi menentang tindakan ketenteraan. Manakala Perancis bersedia bertindak minggu lalu namun membatalkannya apabila Obama mengisytiharkan beliau akan meminta sokongan Kongres.

Watch this video
 As akan terima padah jika serang Syria

AS Akan Terima Padah, Jika Serang Syria
 
Sementara itu, Iran Ayatollah Ali Khamenei berkata
US tidak mempunyai Hak untuk membuat "tuntutan kemanusiaan" kerana rekod buruk mereka di Iraq, Afghanistan dan di penjara tentera di Teluk Guantanamo, Cuba. Beliau juga memberi amaran bahawa US bakal "Menerima Padah" sekiranya meneruskan serangan tersebut. 

Presiden Rusia, Vladimir Putin juga turut memberi amaran bahawa Moscow akan berpihak kepada Syria jika Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ketenteraan ke atas negara sekutunya itu. Beliau berjanji untuk 'membantu' Presiden Bashar al-Assad, jika US melancarkan kempen tersebut dan pada ketika ini pun mereka telahpun menghantar senjata ke Syria.

p/s: Hmmm...Dunia berantakan kerana Syria. Yang pasti jika serangan berlaku, ribuan nyawa umat Islam pasti akan jadi taruhan. Peluru tidak mengenal siapa penyokong Bashar dan siapa penentangnya.

7. Tawaran Menarik, Kena Cuba 

Comments

  1. Keana minyak bukan kerana kemanusiaan di Syria...sedih

    ReplyDelete
  2. AS ni tak sudah2 habis jahanam negara2 lain dibuatnyer... done clik2 nuffnag yer

    ReplyDelete
  3. tak tau nak kata apa..

    ReplyDelete
  4. Moscow mmg dah lama menyimpan dendam pada Washington.. perang saraf yg x pernah padam. Timur tengah lubuk emas hitam dan pelbagai lg.. Perang kitab, perebutan sumber, dendam & mcm2.. wallahualam. Kpd Allah kita berdoa & berserah.

    ReplyDelete
  5. Harusnya amerika menghantar hero mereka seperti ironman, captain amerika, fantastic 4 atau x-men...pergi terus tangkap Bashar dan pengikutnya. Tak de ramai yg terkorban!

    ReplyDelete
  6. i really dislike the state government. but am still can tolerate with the citizens. obama is no different like bush. both are *censored word* why don't they just bother about their international defense policy before being busybody about other nation's matter. seriously, the world issues nowadays are ... *sigh*

    ReplyDelete
  7. tak sabar pulak nak tahu padah yang akan di terima oleh US.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat