http://www.thestar.com/content/dam/thestar/news/world/2013/09/03/obama_gains_ground_on_push_for_congressional_approval_of_attack_on_syria/senate_looks_at_chemical_attack_photos.jpg.size.xxlarge.promo.jpg
Nasib rakyat Syria di tangan mereka?

Saudi & Turki Sokong Serang Syria? 

Keadaan perang saudara di Syria sudah berlanjutan lebih 22 bulan. Ribuan nyawa sudah terkorban. Bagaimanapun keadaan di sana semakin tegang sejak 21 Ogos selepas tentera rejim dan FSA yang disokong militan asing saling tuduh menuduh terhadap penggunaan serangan kimia hingga meragut ratusan nyawa di pinggir Damsyik. Susulan kejadian itu, beberapa negara Barat seperti Perancis dan United Kingdom bertindak segera berkempen untuk memulakan perang sekali gus melakukan campur tangan secara terang-terangan.

Tiga negara Timur Tengah, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Turki juga turut didakwa menyokong serangan ke atas Syria dan dengan sukarelanya menawarkan aset ketenteraan kepada Washington sekiranya berlaku perang di Syria. Sokongan itu dibuat untuk menggulingkan kerajaan Presiden Bashar Al-Assad sekali gus dilihat sebagai menyokong Tentera Pembebasan Syria (FSA).

Perang Dunia Ketiga Bakal Meletus? 

Rusia dan Iran pula mengambil langkah yang berbeza. Mereka masih kukuh menyokong rejim Bashar sehingga kini. Dan kerajaan Syria sendiri dilaporkan berkata, sekiranya peperangan ini tercetus maka ia disifatkan sebagai Perang Dunia ke Tiga. Mereka sudah cukup bersedia untuk mengambil langkah agresif untuk melakukan serang balas. Dan kita juga pasti sekiranya Syria diserang, maka banyak negara akan terlibat dan tidak mustahil perang Dunia ke Tiga berlaku.

p/s: Nampaknya ramai pemimpin dunia termasuk negara Arab hanya terfikir peperangan dapat menyelamatkan Syria. Kenapa Masyarakat Antarabangsa tidak menggunakan tekanan politik sebagai salah satu jalan penyelesaian? Nyawa ribuan umat Islam mungkin boleh diselamatkan.